Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Mahkamah Majistret Bau putuskan beberapa kes jenayah
  • MAHKAMAH

Mahkamah Majistret Bau putuskan beberapa kes jenayah

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan.

BAU: Beberapa kes jenayah yang dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bau telah diputuskan di Mahkamah Majistret Bau semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Superintendan Mohd Haide A Rahman berkata kes tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Kanun Keseksaan dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, mahkamah mengenakan denda sebanyak RM500 atau satu bulan penjara jika gagal membayar. Semua denda telah dijelaskan sepenuhnya,” katanya.

Mohd Haide berkata bagi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, satu kes di bawah Seksyen 323 direkodkan sebagai W A.

Manakala bagi kesalahan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan, mahkamah memerintahkan tertuduh ditahan di Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo selama tiga tahun berkuat kuasa 24 Februari 2026.

Bagi kes di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 melibatkan Seksyen 4A(a), 4B(a), 6(1), 7(2) dan 9(1), mahkamah mengenakan denda antara RM1,000 hingga RM10,000 atau satu hingga dua bulan penjara jika gagal membayar.

“Kebanyakan tertuduh telah membayar denda seperti yang diperintahkan mahkamah, manakala beberapa kes direkodkan sebagai W A kerana tertuduh gagal hadir ke mahkamah semasa pertuduhan dibacakan,” katanya.

Bagi kes yang melibatkan lebih daripada seorang tertuduh, mahkamah mengenakan denda RM1,300 terhadap setiap individu atau satu bulan penjara jika gagal membayar.

Mohd Haide menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah Bau akan terus menguatkuasakan undang-undang secara tegas, adil dan konsisten bagi memastikan keselamatan awam, ketenteraman serta kesejahteraan masyarakat di Bau.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang undang dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Oleh Connie Chieng

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Mahkamah tolak permohonan firma guaman UK berkaitan keputusan bidang kuasa saman 1MDB
Next: Serang kakak kandung, wanita dipenjara lapan bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.