Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mahkamah keluar perintah pembebasan Imran Khan, dibenar ikat jamin
  • GLOBAL

Mahkamah keluar perintah pembebasan Imran Khan, dibenar ikat jamin

Utusan Sarawak 6 months ago

Bekas Perdana Menteri, Imran Khan

KARACHI: Sebuah mahkamah tinggi Pakistan hari ini membenarkan bekas Perdana Menteri, Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin dan mengeluarkan perintah pembebasannya, lapor Agensi Anadolu (AA) berdasarkan rekod mahkamah.

Khan bersama isterinya Bushra Bibi, dituduh melakukan pembelian dan penjualan hadiah asing secara tidak sah.

Kedua-duanya menafikan tuduhan itu.

Bushra Bibi telah dibebaskan dengan jaminan dalam kes ini.

Walaupun perintah membebaskan beliau dengan jaminan mahkamah dikeluarkan, masih belum jelas sama ada bekas perdana menteri itu akan dibebaskan memandangkan beliau juga dikehendaki dalam beberapa kes lain yang melibatkan tuduhan rasuah hingga keganasan. – BERNAMA-AA

Continue Reading

Previous: Gunung Lewotobi meletus lagi
Next: Pembunuh bersiri ‘sianida’ Thailand dihukum mati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.