Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Mahkamah Kanak-Kanak benar SUHAKAM hadir sebagai pemerhati dalam kes Zara Qairina
  • MAHKAMAH

Mahkamah Kanak-Kanak benar SUHAKAM hadir sebagai pemerhati dalam kes Zara Qairina

Utusan Sarawak 7 days ago
MAHKAMAH Kanak-Kanak Kota Kinabalu telah membenarkan permohonan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk hadir sebagai pemerhati di bawah Seksyen 12(3)(c) Akta Kanak-Kanak 2001 dalam kes buli membabitkan Zara Qairina Mahathir. Gambar hiasan.

KOTA KINABALU: Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu telah membenarkan permohonan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk hadir sebagai pemerhati di bawah Seksyen 12(3)(c) Akta Kanak-Kanak 2001 dalam kes buli membabitkan Zara Qairina Mahathir.

Pegawai Perhubungan Awam Mahkamah Cindy Mc Juce Balitus berkata permohonan SUHAKAM telah dibenarkan oleh Hakim Elsie Primus dalam prosiding tertutup di sini hari ini.

“Pendakwaan telah menyerahkan 15 dokumen kepada pesalah kanak-kanak pertama dan 18 dokumen masing-masing kepada empat lagi selaras dengan Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu memaklumkan lima dokumen tambahan akan diserahkan kepada semua pesalah kanak-kanak semasa pengurusan kes praperbicaraan pada 16 Okt bulan depan manakala perbicaraan yang ditetapkan pada 9 hingga 20 Dis akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Nik Haslinie Hashim dan Deepa Nair Thevaharan.

Empat pesalah kanak-kanak diwakili peguam Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, ⁠Fareez Salleh dan ⁠Sylyester Kuan manakala seorang lagi diwakili peguam Datuk Ram Singh, Joan Goh serta Prem Elmer Ganasan.

Pada 20 Ogos lepas, lima remaja perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu atas pertuduhan membuli Zara Qairina, 13.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan iaitu berhubung kesalahan menggunakan atau membuat apa-apa perkataan atau komunikasi yang mengancam, kesat atau menghina.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar pada pagi 16 Julai..

-BERNAMA

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Petronas tidak langgar perjanjian, Mahkamah Tinggi khilaf beri injunksi – hakim
Next: Pegawai kanan polis didakwa gagal patuhi notis isytihar harta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.