Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Mahkamah benarkan SPRM pinda notis usul beku aset luar negara keluarga Daim
  • MAHKAMAH

Mahkamah benarkan SPRM pinda notis usul beku aset luar negara keluarga Daim

Utusan Sarawak 14 hours ago

KUALA LUMPUR:  Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meminda notis usul berhubung permohonan membekukan aset bernilai GBP132 juta di London, United Kingdom (UK) yang didakwa milik isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, serta keluarganya.

Aset berkenaan merangkumi dua bangunan komersial di St Mary Axe dan One Crown Court; tiga kediaman mewah di Bryanston Square, Bryanston Mews dan Lancaster Gate; dua unit kediaman di Gloucester Place; serta satu akaun bank di CAF Bank Limited (UK) yang didakwa milik The Ilham Foundation.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Maziah Mohaide memaklumkan bahawa pindaan tersebut melibatkan penambahan butiran dalam notis usul.

“Permohonan secara ex-parte (sebelah pihak) adalah bagi meminda notis usul bertarikh 30 Mei 2025, iaitu dengan menambah butiran alamat penuh serta nombor hak milik mengikut format pihak berkuasa di UK, dan meminda butiran tarikh serta nilai pembelian ke atas harta-harta tidak alih yang dinyatakan dalam notis tersebut,” katanya.

Sementara itu, peguam Syed Afiq Syed Albakri yang mewakili Na’imah berkata enam syarikat termasuk The Ilham Foundation memohon untuk menjadi pencelah dalam permohonan SPRM bagi membekukan aset-aset terbabit, namun Maziah membantah permohonan tersebut.

Hakim Azhar kemudian mengarahkan pihak pendakwaan memfailkan afidavit balasan bagi permohonan mencelah itu pada 25 Julai, manakala enam syarikat terbabit perlu memfailkan afidavit balasan selewat-lewatnya pada 6 Ogos.

Mahkamah turut menetapkan tarikh pengurusan kes seterusnya pada 8 Ogos ini.

Pada 22 Mei lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata lapan kertas siasatan dibuka berdasarkan maklumat baharu yang diterima daripada agensi luar berkaitan harta pemilikan Daim serta keluarga dan proksi.

Azam berkata maklumat terbaharu itu menunjukkan pemilikan aset Daim, keluarga dan sekutunya tidak diisytiharkan kepada SPRM semasa siasatan pada 2023. -Bernama

Continue Reading

Previous: Kes bunuh libatkan polis trafik dipindah ke Mahkamah Tinggi
Next: Pemuda dipenjara 15 bulan curi motosikal di Jalan Durin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.