Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Mahkamah Bau putus lima kes, seorang dipenjara kerana laporan palsu
  • MAHKAMAH

Mahkamah Bau putus lima kes, seorang dipenjara kerana laporan palsu

Utusan Sarawak 11 hours ago
MAHKAMAH Bau putus lima kes, seorang dipenjara kerana laporan palsu. Gambar hiasan.

BAU: Sebanyak lima kes melibatkan kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Kanun Keseksaan telah diputuskan di Mahkamah Majistret Bau.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide Bin A Rahman berkata, dua kes telah dijatuhkan hukuman denda RM2,500 setiap satu dan telah dijelaskan, manakala dua lagi kes diputuskan sebagai DNAA.

Beliau berkata, satu lagi kes melibatkan seorang wanita tempatan dijatuhi hukuman penjara selama dua minggu di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

“Pihak polis kekal komited dalam membanteras kegiatan perjudian dan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap sebarang pelanggaran undang-undang,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang serta menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.

Oleh Connnie Chieng

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Najib mohon kebenaran merayu saman RM1.9 juta terhadap Tommy Thomas
Next: Lelaki dipenjara empat bulan, cederakan bekas suami kekasih dengan pisau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.