Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Mahkamah Bau catat perkembangan dua kes jenayah
  • MAHKAMAH

Mahkamah Bau catat perkembangan dua kes jenayah

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan

BAU: Mahkamah Majistret di sini hari ini merekodkan perkembangan dua kes jenayah berasingan, menurut Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman.

Dalam kes pertama, seorang lelaki berumur 45 tahun didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

“Mahkamah menetapkan kes untuk pengurusan kes pra-bicara pada hari ini dan membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin tempatan, namun jaminan itu masih belum dibayar,” kata Mohd Haide.

Sementara itu, dalam kes kedua, seorang lelaki berumur 27 tahun, yang didakwa di bawah Seksyen 7(2) Ordinan Kesalahan Kecil 1953, gagal hadir ke mahkamah.

“Sehubungan itu, kes tersebut telah dibatalkan,” tambah beliau.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fauzulutfi Suriani, di hadapan Majistret Ling Hui Chuan di Mahkamah Majistret Bau.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Pecah cermin van selepas dimarahi isteri, lelaki didenda RM5,000 atau penjara enam bulan
Next: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Bau kes akaun keldai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.