Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Mahkamah Agung Korea Selatan kekalkan keputusan kes plagiat penerbit lagu ‘Baby Shark’
  • MAHKAMAH

Mahkamah Agung Korea Selatan kekalkan keputusan kes plagiat penerbit lagu ‘Baby Shark’

Utusan Sarawak 8 hours ago
MAHKAMAH Agung Korea Selatan hari ini mengekalkan keputusan mahkamah rendah terhadap seorang komposer Amerika Syarikat dalam saman plagiat yang difailkannya terhadap penerbit lagu kanak-kanak popular Korea Selatan ‘Baby Shark’ enam tahun lalu.

SEOUL: Mahkamah Agung Korea Selatan hari ini mengekalkan keputusan mahkamah rendah terhadap seorang komposer Amerika Syarikat dalam saman plagiat yang difailkannya terhadap penerbit lagu kanak-kanak popular Korea Selatan ‘Baby Shark’ enam tahun lalu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Komposer yang berpangkalan di New York, Johnny Only atau nama sebenarnya Jonathan Wright memfailkan saman di Seoul pada Mac 2019 dengan mendakwa ‘Baby Shark’, lagu terkenal di seluruh dunia dan diterbitkan syarikat pendidikan Korea Selatan, SmartStudy, pada 2015, meniru lagunya yang dikeluarkan pada 2011.

SmartStudy, yang kini dikenali sebagai The Pinkfong Company, menyatakan lagu itu merupakan olahan semula lagu kanak-kanak tradisional Amerika Utara yang tidak mempunyai hak cipta sah.

Lagu berdurasi dua minit dengan rentak rancak itu menampilkan watak keluarga jerung di bawah laut, dan menjadi tular di internet serta kaca televisyen di dalam dan luar negara.

Mahkamah daerah dan mahkamah rayuan Korea Selatan sebelum ini menolak dakwaan Only, dengan alasan lagunya tidak dianggap sebagai karya terbitan yang dilindungi undang-undang hak cipta, dan Mahkamah Agung mengekalkan keputusan itu.

-Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Marah ditegur, pekerja kilang bata tikam rakan serumah guna parang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.