Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mahabah mampu bentuk masyarakat penuh kasih dan hormat
  • Tengah
  • WILAYAH

Mahabah mampu bentuk masyarakat penuh kasih dan hormat

Utusan Sarawak 14 hours ago
UCAPAN…..Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusuf Abd Wahab berucap di Program Simponi Mahabah bertempat di Dewan Masjid Darul Sa’adah, hari ini.

SARIKEI: Konsep mahabah atau kasih sayang sesama insan disifatkan sebagai asas kepada kekuatan umat Islam dalam membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera, sekali gus menjadi benteng kepada perpisahan dan konflik sosial.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusuf Abd Wahab, berkata mahabah adalah nilai yang perlu diterapkan secara berterusan dalam masyarakat kerana ia mampu melahirkan komuniti yang saling menyokong, menghormati dan menghargai antara satu sama lain.

“Mahabah adalah asas kepada kekuatan umat Islam. Dengan adanya mahabah, kita akan hidup dalam suasana harmoni dan penuh barakah.

“Namun kalau tidak ada mahabah dalam kehidupan kita bermasyarakat, hubungan sesama kita akan menjadi rapuh,” katanya ketika berucap pada Program Simponi Mahabah di Dewan Masjid Darul Sa’adah, hari ini.

SIMBOLIK….Dato Ir. Yusuf Abd Wahab menyerahkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Sa’adah, Yakup Ahmat.

Katanya, masjid bukan hanya tempat solat, tetapi pusat penyatuan hati.

“Di sinilah kita bertemu, bermesra, saling bertanya khabar, membantu antara satu sama lain dan menghidupkan sunnah persaudaraan.

“Inilah mahabah yang dituntut dalam Islam iaitu kasih sayang yang membawa kita lebih dekat kepada Allah,” katanya.

Tambahnya, Rasulullah SAW bersabda: Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.

“Hadis ini mengingatkan kita bahawa cinta dan kasih sayang sesama umat adalah sebahagian daripada tanda keimanan.

MERIAH….Antara yang hadir di Program Simponi Mahabah

“Dalam dunia yang serba mencabar hari ini, mahabah menjadi penyembuh kepada perpecahan.

“Rumah tangga seperti syurga apabila wujud kasih sayang. Komuniti menjadi harmoni apabila wujud saling menghormati. Negara menjadi aman apabila rakyatnya bersatu hati. Semuanya bermula daripada hati yang penuh kasih,” katanya lagi.

Katanya, jadlah seperti individu yang memberi senyuman, memaafkan, membantu dan mendoakan kebaikan orang lain walaupun tidak mengenalinya.

“Kerana setiap kebaikan, walau sekecil mana, adalah cahaya yang menyebarkan kedamaian.

“Marilah kita bersama-sama memohon agar Allah SWT menanamkan rasa cinta, hormat dan persaudaraan dalam diri kita semua.

“Semoga hubungan antara kita terus kukuh, dan semoga nilai mahabah menjadi asas kepada masyarakat yang sejahtera,” katanya.

Pelbagai persembahan menarik diadakan sepanjang program, antaranya alunan azan dari Mohamad Ammar Muhaimin Abdullah, lagu nasyid dan cabutan tiket bertuah.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Ammar curi hati orang ramai dengan azan merdu
Next: Generasi muda dipelawa sertai persilatan demi kelangsungan warisan seni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.