Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Maghribi: Angka korban runtuhan bangunan meningkat kepada 22
  • GLOBAL

Maghribi: Angka korban runtuhan bangunan meningkat kepada 22

Utusan Sarawak 6 hours ago
ORANG ramai berdiri berhampiran lokasi dua bangunan runtuh di kawasan Al Massira, Fes pada 10 Disember 2025. Foto AFP

RABAT, Maghribi: Angka korban akibat runtuhan dua bangunan kediaman di bandar Fez meningkat kepada 22 orang, menurut pihak pendakwa raya pada Rabu, lapor Xinhua.

Insiden berlaku lewat Selasa di kejiranan Al-Mustaqbal apabila sebuah bangunan kosong runtuh, sekali gus menyebabkan bangunan empat tingkat bersebelahan turut runtuh, kata pendakwa raya. 

ANGGOTA kecemasan mencari mangsa di runtuhan dua bangunan yang runtuh di kawasan Al Massira, Fes

Bangunan kedua itu menjadi lokasi majlis Aqiqah tradisional bagi meraikan kelahiran. Wanita dan kanak-kanak antara yang terkorban. Seramai 16 lagi cedera, sebahagiannya parah. 

Pihak berkuasa berkata angka korban mungkin meningkat berikutan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Polis membuka kertas siasatan di bawah seliaan pendakwa raya bagi mengenal pasti punca runtuhan itu.  Penemuan awal menunjukkan kedua-dua bangunan itu dibina pada 2006. Tragedi ini sekali lagi mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan bangunan di Maghribi. 

ANGGOTA kecemasan membawa mayat seorang mangsa semasa operasi menyelamat selepas dua bangunan runtuh di kawasan Al Massira, Fes. Foto AFP

WePada Januari lalu, Setiausaha Negara bagi Perumahan Adib Ben Ibrahim menyatakan kira-kira 38,800 bangunan di seluruh negara berisiko runtuh.

Fez, bandar ketiga terbesar di Maghribi menyaksikan beberapa siri protes sejak kebelakangan ini berhubung keadaan hidup yang daif dan perkhidmatan awam yang terhad. 

Runtuhan kali ini merupakan antara insiden paling buruk sejak kejadian sebuah menara runtuh di bandar bersejarah Meknes pada 2010 yang meragut 41 nyawa. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 51 cedera, Jepun berwaspada risiko gempa susulan
Next: VW Jerman akan perkenal bas mini elektrik pandu sendiri di Oslo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.