Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MAG tambah bilangan pesawat utama kepada 116, bagi 106 destinasi menjelang 2035
  • NASIONAL

MAG tambah bilangan pesawat utama kepada 116, bagi 106 destinasi menjelang 2035

Utusan Sarawak 9 hours ago
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Nasaruddin A Bakar (tengah) pada sidang media Pengumuman Rangkaian MAG di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Penerbangan MAG, Bryan Foong (kiri) dan Ketua Pegawai Komersial Perniagaan Penerbangan MAG, Dersenish Aresandiran (kanan). Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) merancang untuk menambah jumlah pesawat utama kepada 116 bagi 106 destinasi menjelang 2035, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Kapten Nasaruddin A Bakar.

Beliau berkata, strategi penambahan pesawat itu seiring dengan perancangan pertumbuhan kumpulan, sekali gus mengukuhkan kehadiran MAG di seluruh pasaran utama.

“Kami telah menerima penghantaran 10 pesawat Airbus A330neo dan 14 bagi Boeing 737-800, dan satu lagi akan diterima minggu hadapan.

“Penambahan ini memastikan kami kekal relevan dalam laluan jarak jauh utama, mengekalkan gabungan kumpulan pesawat yang kompetitif, serta meningkatkan kecekapan operasi,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman rangkaian MAG di sini hari ini.

Kapten Nasaruddin berkata, pengenalan pesawat generasi baharu menambah baik penawaran produk oleh MAG sebagai pengendali syarikat penerbangan seterusnya membolehkan MAG menyediakan pengalaman yang bersifat moden dan konsisten bagi sepanjang perjalanan pelanggan.

“Ini juga menyumbang kepada aspirasi kami untuk meletakkan Malaysia Airlines dalam kalangan 10 syarikat penerbangan global terbaik dunia menjelang 2030,” katanya.

Sementara itu, CEO Perniagaan Penerbangan MAG, Bryan Foong berkata, fasa pertama pemodenan kumpulan pesawat akan selesai menjelang 2028, melibatkan sejumlah 25 pesawat Boeing 737-800 dan 20 unit A330neo.

“Bagaimanapun, baki 20 pesawat A330neo yang kami tempah akan mula diterima dalam tempoh dari 2029 hingga 2030.

“Selain itu, kami juga sedang dalam proses merancang untuk menggantikan kapal terbang Airbus A350 menjelang 2032,” katanya.

Bryan berkata pada suku pertama 2026, Malaysia Airlines mencapai purata prestasi ketepatan masa (OTP) sebanyak 88 peratus, meningkat daripada 84 peratus pada 2025.

“Sepanjang tempoh puncak Aidilfitri baru-baru ini, kami mengendalikan lebih banyak penerbangan harian berbanding sebelum ini dan mencapai OTP hampir 92 peratus.

“Firefly pula berjaya mencatatkan purata OTP sebanyak 92 peratus dalam tempoh suku pertama 2026 dan lebih memberangsangkan, 95 peratus pada Mac,” katanya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: BDR bukan ‘baring duduk rehat’ atau ‘beli-belah di pasar raya’ – KSN
Next: Pendidikan disertai adab, nilai kemanusian asas penting dalam membentuk generasi pelapis – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.