Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MAG tambah 20 pesawat A330neo perkukuh pertumbuhan rangkaian
  • BISNES

MAG tambah 20 pesawat A330neo perkukuh pertumbuhan rangkaian

Utusan Sarawak 19 hours ago

KUALA LUMPUR:  Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk bagi syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines telah melaksanakan hak pembeliannya membeli tambahan 20 pesawat A330neo melalui pesanan terus dengan Airbus.

MAG dalam satu kenyataan hari ini berkata pembelian itu mencerminkan komitmennya terhadap strategi jangka panjang yang tertumpu pada pembaharuan kumpulan pesawat dan pembangunan rangkaian.

“Dengan pembelian terbaru ini, Malaysia Airlines bakal menjadi salah satu pengendali A330neo terbesar di rantau Asia Pasifik, mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat penerbangan premium terkemuka di satu daripada pasaran pelancongan yang paling pantas berkembang di dunia.

“Pesanan baharu ini berdasarkan komitmen awal MAG pada 2022 bagi 20 pesawat A330neo – terdiri daripada 10 pesawat yang dibeli terus dan 10 yang dipajak daripada Avolon – menambahkan jumlah pesawat A330neo kumpulan kepada 40 pesawat setakat ini,” katanya.

Syarikat itu berkata penghantaran daripada pesanan tambahan ini dijadualkan antara 2029 dan 2031.

Pengarah Urusan Kumpulan MAG Datuk Kapten Izham Ismail berkata pesawat A330neo menyediakan keseimbangan kecekapan operasi dan keselesaan kabin untuk menyokong rangkaian dan strategi pertumbuhan syarikat.

“Dengan kecekapan bahan api yang dipertingkat dan fleksibilitinya merentas laluan serantau dan jarak jauh, pesawat itu sangat sesuai untuk keperluan pasaran kami yang sedang berkembang.

“Pesanan tambahan ini mengukuhkan visi jangka panjang kami untuk membina kumpulan pesawat bagi menampung keperluan masa depan yang menyokong pertumbuhan mampan, memberikan nilai konsisten kepada penumpang kami, dan mengukuhkan daya saing kami dalam pasaran utama,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Semakan SST tidak wajar dijadikan alasan naikkan kadar hotel – MOF
Next: Proton sasar jual lebih 2,000 unit Proton X50 serba baharu setiap bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.