Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MAG organisasi penerbangan pertama Malaysia meterai perjanjian SAF dengan Petronas
  • BISNES

MAG organisasi penerbangan pertama Malaysia meterai perjanjian SAF dengan Petronas

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) muncul sebagai organisasi penerbangan pertama Malaysia yang memeterai perjanjian berkaitan penggunaan bahan api penerbangan mampan (SAF) dengan Petronas Dagangan Bhd (PDB).

Usaha itu juga adalah sebahagian daripada kerjasama dalam menjadikan pengeluaran SAF di Malaysia pada skala komersial.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kedua-dua pihak terbabit menyifatkan inisiatif itu akan terus memacu usaha di peringkat industri bagi penyahkarbonan dalam sektor penerbangan sejajar dengan langkah MAG melaksanakan tindakan mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2050.

Ketua Pegawai Kelestarian Kumpulan MAG Philip See berkata, perjanjian pembelian SAF daripada PDB hanya membuktikan lagi komitmen MAG dalam meminimumkan impak alam sekitar serta manfaat untuk industri, negara dan masa depan bumi.

“Bagi kemajuan masa depan, kami menyasarkan untuk menggunakan SAF ini dalam jadual perkhidmatan secara berperingkat mulai 2027 dan seterusnya,” katanya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB Azrul Osman Rani pula menyifatkan kerjasama itu menawarkan peluang kepada syarikat bagi memanfaatkan keseluruhan rantaian nilai Petronas dalam pengeluaran dan pengedaran SAF.

“Menerusi penyelesaian yang lebih khusus, kami akan bekerjasama dengan rakan niaga untuk menampung keperluan tertentu selain menyokong tumpuan mereka ke atas aspek kelestarian – komitmen yang bertepatan dengan aspirasi (karbon) bersih sifar Petronas,” katanya.

Perjanjian pengambilan pertama melibatkan PDB membekalkan lebih daripada 230,000 tan SAF kepada syarikat penerbangan MAG dengan penghantaran pertama dijangka mulai 2027 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Menurut kenyataan itu, SAF berkenaan yang dikeluarkan di kilang pemprosesan bersama Petronas di Melaka, dibekalkan terus ke KLIA bagi penerbangan kendalian syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines dan seterusnya syarikat penerbangan lain Firefly dan MASwings. – Bernama

Continue Reading

Previous: Airbus sasar semua pesawat diperakui 100 peratus SAF menjelang 2030
Next: OCBC perkukuh komitmen bantu pertumbuhan ekonomi jangka panjang Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.