Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MAG lanjut program penyelenggaraan Airbus untuk pesawat A330neo
  • BISNES

MAG lanjut program penyelenggaraan Airbus untuk pesawat A330neo

Utusan Sarawak 12 hours ago
MALAYSIA Aviation Group (MAG) melanjutkan perkhidmatan jam penerbangan (FHS) Airbus bagi menampung pesawat baharu A330neo milik syarikat penerbangan itu.

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) melanjutkan perkhidmatan jam penerbangan (FHS) Airbus bagi menampung pesawat baharu A330neo milik syarikat penerbangan itu.

FHS merupakan program penyelenggaraan komprehensif yang menawarkan perkhidmatan bersepadu seperti pengurusan komponen, stok di lokasi, akses pengumpulan dan perkhidmatan pembaikan untuk menyokong syarikat penerbangan.

Syarikat aeroangkasa global tersebut dalam satu kenyataan hari ini berkata, FHS Airbus menyediakan penyelesaian penyelenggaraan yang fleksibel dan menyeluruh serta direka untuk membantu syarikat penerbangan memaksimumkan prestasi pesawat sambil meminimumkan kos operasi.

“Dengan memanfaatkan kepakaran global Airbus, teknologi terkini dan cerapan dipacu data, perkhidmatan ini memastikan kecekapan dan kebolehpercayaan operasi syarikat penerbangan berada pada tahap optimum.

“Syarikat penerbangan tersebut (MAG) juga akan mendapat manfaat daripada kepakaran kejuruteraan Airbus serta wakil serantau FHS untuk menyokong aktiviti penyelenggaraan harian,” katanya.

Airbus berkata, perjanjian ini mengukuhkan FHS sebagai sokongan penyelenggaraan utama sejak 2017 bagi pesawat Airbus yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines termasuk pesawat A330ceo dan A350.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Komersial Airbus Asia-Pasifik Balinda Zhang berkata syarikat berbesar hati dengan kepercayaan MAG terhadap FHS Airbus.

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen MAG terhadap kecemerlangan operasi dan kami berbangga untuk menyokong pesawat baharu A330neo dengan penyelesaian yang direka untuk memastikan proses kemasukan perkhidmatan yang lancar,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Ayam kampung kacukan semakin jadi pilihan penternak – UPMKB
Next: Malaysia terjemah kekuatan pusat data kepada manfaat ekonomi mampan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.