Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MAG akan kendali lebih 2,400 penerbangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina
  • BISNES

MAG akan kendali lebih 2,400 penerbangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 6 hours ago
MENTERI Pengangkutan Anthony Loke (tiga,kiri) bergambar pada majlis Pengumuman Harga Tetap Penerbangan AirAsia sempena Musim Perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri di AirAsia RedQ, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), hari ini. Turut kelihatan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah (tiga,kanan), Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Datuk Kapten Fareh Mazputra (dua,kanan), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Korporat) AirAsia Aviation Group Limited Ahmad Al Farouk Ahmad Kamal (dua,kiri). Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) akan mengendalikan lebih 2,400 penerbangan sepanjang tempoh perjalanan sempena Tahun Baharu Cina ini, termasuk sehingga 198 penerbangan tambahan yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines dan Firefly.

Dalam kenyataan hari ini, MAG menjelaskan penerbangan itu akan beroperasi antara 11 Februari hingga 23 Februari, 2026, untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat dan lancar ketika kemuncak musim perayaan.

“Dalam tempoh ini, Malaysia Airlines akan mengendalikan sehingga 1,498 penerbangan, dengan tambahan 130 penerbangan untuk menyokong peningkatan permintaan perjalanan sempena perayaan.

“Sementara itu, syarikat penerbangan sekutu, Firefly, akan mengendalikan sehingga 962 penerbangan antara 13 Februari hingga 23 Februari, 2026, dengan sehingga 68 penerbangan tambahan, sekali gus mengukuhkan lagi kesambungan semasa kemuncak perjalanan perayaan,” tambahnya.

MAG memaklumkan penambahan operasi itu akan menyokong laluan domestik utama untuk pulang ke kampung halaman antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, termasuk Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

Sepanjang tempoh puncak perayaan Tahun Baharu Cina dari 13 Feb hingga 16 Februari, 2026, Malaysia Airlines dan Firefly juga akan menawarkan tambang bersubsidi sehala termasuk semua dari Kuala Lumpur ke destinasi terpilih di Malaysia Timur.

Malaysia Airlines akan menawarkan tambang bersubsidi sehingga RM569 bagi penerbangan sehala termasuk semua dari Kuala Lumpur ke destinasi termasuk Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Labuan, Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu.

Sementara itu, Firefly pula akan menawarkan tambang bersubsidi sehingga RM548 termasuk semua bagi penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke destinasi terpilih di Malaysia Timur, termasuk Kota Kinabalu, Tawau, Kuching dan Sibu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.