Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MAG, AirBorneo bekerjasama pulihkan operasi, tingkat ketersediaan pesawat
  • BISNES

MAG, AirBorneo bekerjasama pulihkan operasi, tingkat ketersediaan pesawat

Utusan Sarawak 2 hours ago
AIRBORNEO sedang menilai semula pengaturan sokongan penyelenggaraan, strategi penyediaan alat ganti serta jangkaan tahap perkhidmatan bersama rakan kerjasama bagi memperkukuh daya tahan operasinya.

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) menerusi cabang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), MAB Engineering Services, kekal komited menyokong AirBorneo menerusi kerjasama penyelenggaraan sedia ada ketika syarikat penerbangan milik Sarawak itu berusaha mengatasi cabaran operasi yang dihadapi kebelakangan ini.

MAG berkata MAB Engineering Services terus menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan barisan, penyelenggaraan pangkalan dan komponen, selain sokongan pergudangan serta logistik kepada AirBorneo.

“Susulan gangguan operasi baru-baru ini, MAG terus berhubung rapat dengan AirBorneo sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyokong pemulihan operasinya dan meningkatkan ketersediaan pesawat,” katanya kepada Bernama hari ini.

MAB Engineering Services terus menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan barisan, penyelenggaraan pangkalan dan komponen, selain sokongan pergudangan serta logistik kepada AirBorneo.

Kumpulan itu berkata pihaknya juga sentiasa menilai semula pengaturan penyelenggaraan dan bekalan alat ganti, di samping mempertingkat operasi, dengan semua pihak berkaitan bekerjasama bagi mengukuhkan kebolehpercayaan operasi serta meminimumkan gangguan kepada penumpang.

Penyedia perkhidmatan MRO AirBorneo ketika ini ialah Firefly Maintenance and Repair Organisation dan MAB Engineering.

Pengendali tunggal Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) itu baru-baru ini menjadi tumpuan susulan kelewatan dan pembatalan penerbangan yang menjejaskan beberapa laluan di Malaysia Timur, sekali gus mendorong syarikat penerbangan itu mengemukakan permohonan maaf kepada orang ramai.

Ia turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penumpang yang bergantung kepada perkhidmatannya, khususnya penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Sebagai respons terhadap cabaran tersebut, AirBorneo sedang menilai semula pengaturan sokongan penyelenggaraan, strategi penyediaan alat ganti serta jangkaan tahap perkhidmatan bersama rakan kerjasama bagi memperkukuh daya tahan operasinya.

AirBorneo kini mengendalikan penerbangan ke 21 destinasi dengan pangkalan operasi utama di Kota Kinabalu dan Miri. Armada syarikat penerbangan itu terdiri daripada lapan pesawat ATR 72-500 dan enam pesawat DHC-6-400 Twin Otter. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Apple rancang naikkan harga produk – Ketua Pegawai Eksekutif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.