Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Madinah urus kepulangan jemaah melalui perlepasan udara, selesai ibadah haji
  • SEMASA

Madinah urus kepulangan jemaah melalui perlepasan udara, selesai ibadah haji

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto AFP

MADINAH: Agensi kerajaan di Wilayah Madinah mula menguruskan kepulangan jemaah haji ke negara masing-masing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz, selepas mereka menunaikan ibadah haji tahun ini dengan lancar dan tenang, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Selepas musim haji, sejumlah besar jemaah tiba di Madinah untuk menunaikan solat di Masjid Nabawi dan memberi salam kepada Nabi Muhammad SAW serta dua sahabat baginda. Satu program diatur bagi memudahkan pemindahan mereka dari tempat penginapan ke lapangan terbang.

Program ini dipantau oleh Jawatankuasa Haji dan Ziarah di wilayah itu serta pihak berkaitan bagi memastikan keberangkatan penerbangan ke pelbagai destinasi berjalan dengan teratur dan tepat pada masanya.

Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz mencatat kejayaan ketara sepanjang fasa prahaji dengan menerima ketibaan penerbangan haji secara lancar dan cekap.

Sepanjang tempoh ketibaan, lapangan terbang ini menerima 719,400 jemaah, iaitu 49 peratus daripada keseluruhan jemaah yang tiba melalui udara ke Arab Saudi bagi musim haji ini.

Jemaah tiba melalui 1,910 penerbangan dari 196 bandar di 53 negara, yang dikendalikan oleh 65 syarikat penerbangan, bermula dari 1 Zulkaedah. Jumlah ini mewakili 60 peratus daripada keseluruhan penerbangan haji yang dikendalikan oleh lapangan terbang di Arab Saudi semasa fasa ketibaan.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Semakan kadar cukai jualan, peluasan skop cukai perkhidmatan berkuat kuasa 1 Julai – MOF
Next: Tenaga lestari Sarawak tarik perhatian dunia di Shanghai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.