Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MA63: Wanita PBB berdiri teguh di belakang Premier Sarawak
  • TEMPATAN

MA63: Wanita PBB berdiri teguh di belakang Premier Sarawak

Utusan Sarawak 3 hours ago
KETUA Pergerakan Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah bergambar kenangan bersama barisan kepimpinan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sempena Sidang Media Mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, hari ini. Foto Shikin Mahmud

PETRA JAYA: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) terus berdiri teguh menyokong kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam menerajui pembangunan Sarawak serta mempertahankan hak-hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Pergerakan Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, setakat 5 Februari 2026, jumlah keahlian Pergerakan Wanita PBB mencatatkan seramai 181,850 orang, sekali gus membuktikan peranan wanita dalam parti itu semakin signifikan dan meyakinkan.

Menurut beliau, secara keseluruhan, jumlah ahli PBB setakat 26 Januari 2025 merekodkan seramai 379,833 orang, dengan keahlian wanita menunjukkan peningkatan memberangsangkan sebanyak 1,393 ahli berbanding tahun sebelumnya.

“Peningkatan ini jelas menunjukkan keyakinan berterusan golongan wanita terhadap perjuangan dan hala tuju PBB,” katanya ketika ditemui media selepas Sidang Media Mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, hari ini.

KETUA Pergerakan Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah ketika ditemui media selepas Sidang Media Mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, hari ini. Foto Shikin Mahmud

Dalam pada itu, Fatimah berkata mesyuarat turut membincangkan laporan pelaksanaan program sepanjang tahun lalu, laporan berkala Pergerakan Wanita PBB, persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), serta beberapa perkara berkaitan gerak kerja parti.

Beliau menegaskan, Pergerakan Wanita PBB menyatakan sokongan padu terhadap agenda pembangunan yang dibawa Premier Sarawak khususnya dalam bidang ekonomi digital, teknologi hijau, pembangunan mampan serta usaha mencapai status negeri berpendapatan tinggi.

Selain itu, katanya, Pergerakan Wanita PBB turut menyokong sepenuhnya kenyataan Ketua Setiausaha Negara yang menekankan kepentingan perpaduan, keharmonian serta fokus berterusan dalam usaha memajukan dan mensejahterakan rakyat.

Pergerakan Wanita PBB juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Sarawak atas kejayaan pengambilalihan dan pengembalian Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak, yang disifatkan sebagai pencapaian bersejarah dalam menuntut serta mempertahankan hak negeri di bawah MA63.

Sehubungan itu, menjelang tamat tempoh Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Februari 2027, Pergerakan Wanita PBB menggesa semua 82 cawangan agar bersiap siaga, memperkukuh gerak kerja di peringkat akar umbi serta kekal komited, fokus dan berdisiplin dalam melaksanakan amanah parti.

“Matlamat kita jelas iaitu memastikan kemenangan besar dan meyakinkan bagi semua calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya negeri akan datang,” katanya.

Sidang media tersebut turut diakhiri dengan laungan semangat perjuangan ‘Sarawak First’ dan ‘Menang, Menang, Menang’ sebagai simbol kesiapsiagaan Pergerakan Wanita PBB menghadapi cabaran politik semasa.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RISDA perkukuh sokongan pekebun kecil di Long Sukang
Next: Wanita PBB serah keputusan kerusi calon wanita kepada Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.