Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MA63 tidak memperincikan setiap sektor tetapi ia melindungi hak, kuasa dan undang-undang Sarawak/Sabah – Senator Ahmad
  • TEMPATAN

MA63 tidak memperincikan setiap sektor tetapi ia melindungi hak, kuasa dan undang-undang Sarawak/Sabah – Senator Ahmad

Utusan Sarawak 7 hours ago
SENATOR Dato Ahmad Ibrahim menjelaskan bahawa MA63 berfungsi sebagai jaminan perlembagaan bagi melindungi hak dan kuasa Sarawak serta Sabah.

KUCHING: Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) walaupun secara teknikalnya tidak menyatakan secara jelas pemilikan minyak dan gas, ia sememangnya tidak pernah dimaksudkan sebagai suatu perundangan yang menyenaraikan setiap sektor secara terperinci.

Ahli Dewan Negara, Senator Dato Ahmad Ibrahim berkata tujuan teras MA63 adalah untuk melindungi hak, kuasa dan undang-undang Sarawak dan Sabah sebagaimana yang wujud pada waktu pembentukan Malaysia.

“Ini bagi memastikan hak-hak tersebut tidak diketepikan oleh undang-undang Tanah Melayu sebelum Malaysia atau oleh perundangan Persekutuan yang digubal selepas 1963 tanpa melalui proses perlembagaan yang sewajarnya.

“Ketiadaan istilah khusus tidak menafikan perlindungan tersebut.

“Sebaliknya, MA63 mesti dibaca sebagai suatu jaminan perlembagaan bahawa hak-hak negeri — khususnya berkaitan tanah dan sumber — kekal terpelihara kecuali jika diubah secara sah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Mengecilkan MA63 kepada perkara-perkara yang tidak disenaraikannya berisiko mengabaikan kedua-dua maksud serta kesan perundangannya.” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said kononnya MA63 tidak mengandungi sebarang peruntukan mengenai pemilikan, pengurusan atau pengawalseliaan sumber minyak dan gas, dan juga tidak mengawal peranan entiti petroleum seperti Petroliam Nasional Bhd (Petronas) atau Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Azalina dipetik sebagai berkata bahawa MA63 berfungsi sebagai dokumen asas yang menggariskan pembentukan Malaysia, termasuk beberapa hak dan autonomi bagi Sabah dan Sarawak.

“Namun, MA63 tidak merangkumi peruntukan berkaitan pemilikan, pengurusan atau pengawalseliaan sumber minyak dan gas, dan juga tidak mengawal peranan entiti petroleum seperti Petronas atau Petros,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada soalan Datuk Ali Anak Biju (PN–Saratok)

Continue Reading

Previous: Isu minyak, gas: Sarawak serah kepada mahkamah – Abang Johari
Next: Sarawak perkukuh keupayaan aeroangkasa dengan ‘CubeSats’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.