Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • UMUM
  • MA63: Rundingan tuntutan 40% hasil Persekutuan dikutip dari Sabah, dijadual pada 30 Jun ini 
  • UMUM

MA63: Rundingan tuntutan 40% hasil Persekutuan dikutip dari Sabah, dijadual pada 30 Jun ini 

Utusan Sarawak 4 weeks ago

KOTA KINABALU: Sesi rundingan antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan berhubung tuntutan 40 peratus hasil Persekutuan yang dikutip dari Sabah akan diadakan pada 30 Jun ini menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63), persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dimaklumkan hari ini.

Pembantu Menteri Kewangan I Jolita Mojungki berkata MTPMA63 yang pertama pada tahun ini telah diadakan pada 13 Mac lepas di Putrajaya, dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak mempunyai data lengkap berhubung hasil dikutip Kerajaan Persekutuan di Sabah walaupun permohonan untuk perkongsian data telah dibuat sebanyak 13 kali, namun tiada maklum balas diterima, sekali gus menyukarkan pengiraan hasil bersih Persekutuan di negeri itu.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri mengambil pendekatan dengan membuat anggaran amaun Pemberian Khas berdasarkan data sedia ada serta andaian munasabah yang diperoleh melalui kajian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Datuk Ignatius Dorell Leiking (Warisan-Moyog) dan Alias Sani (Warisan-Sekong) yang meminta penjelasan mengenai status terkini tuntutan 40 peratus hasil dari Sabah dalam MTPMA63.

Menurut Julita, kerajaan negeri telah mengemukakan tuntutan amaun Pemberian Khas bagi 2023 kepada Kerajaan Persekutuan dan menegaskan pendirian untuk mengekalkan formula asal Pemberian Khas seperti yang termaktub dalam Perkara 112C dan Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan, iaitu dua perlima atau 40 peratus daripada hasil bersih Persekutuan di Sabah.

“Sekiranya rundingan tidak mencapai persetujuan kedua-dua pihak, maka pentaksir bebas hendaklah dilantik selaras dengan Perkara 112D (6) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Harga gading tinggi dorong pemburu haram bunuh gajah pygmy Borneo
Next: Azalina, Ewon hadiri upacara pengebumian Paus Francis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.