Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MA63: Rundingan tafsiran undang-undang boleh diselesaikan tanpa mahkamah – Fadillah
  • SEMASA

MA63: Rundingan tafsiran undang-undang boleh diselesaikan tanpa mahkamah – Fadillah

Utusan Sarawak 2 months ago

Rakaman gambar kenangan Fadillah bersama tetamu kehormat lain. 

KUCHING: Rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu dirujuk ke mahkamah bagi tujuan pentafsiran undang-undang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata Sarawak turut memberi jaminan tidak akan membawa perkara itu ke mahkamah untuk memuktamadkan pentafsiran undang-undang berkenaan.

“Secara dasarnya, Sarawak tidak akan membawa isu ini ke mahkamah kerana kita mempunyai dua pilihan; jika tidak dapat diselesaikan di peringkat kepimpinan tertinggi, pilihan terakhir ialah membawanya ke mahkamah bagi tujuan pentafsiran undang-undang, bukan untuk pertikaian.

“Kita cuba mengelak daripada menggunakan saluran mahkamah. Kita bersetuju untuk mencari jalan penyelesaian melalui rundingan secara baik antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi Bual Bicara Eksekutif sempena Program Jiwa Komuniti MADANI dan Media yang di sini, hari ini.

Fadillah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63)  yakin dengan kerjasama erat antara Kerajaan MADANI dan negeri dalam memuktamadkan tafsiran undang-undang berkenaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata terdapat lima tuntutan MA63 yang dikategorikan sebagai kritikal dan belum dapat diputuskan di peringkat kepimpinan tertinggi kerajaan Persekutuan serta Sabah dan Sarawak. 

“Ini termasuk kuota 35 peratus kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak, royalti dan formula pertambahan peruntukan pembangunan bagi Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Program Jiwa Komuniti MADANI dan Media yang berlangsung di Dewan Haji Kamaruddin bin Ahmad, Kampung Segedup, di sini bertujuan meningkatkan motivasi diri serta menggalakkan penglibatan aktif ahli Komuniti MADANI dan rakan media dalam memperluas jaringan komunikasi.

Ia turut melibatkan penyertaan Komuniti MADANI dari Parlimen Petra Jaya termasuk  kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong, Samariang dan Satok. 

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sarawak Helmy Hamid, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros)) Datuk Ibrahim Baki dan ADUN Tupong Datuk Fazzrudin Abdul Rahman.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: MA63: Perbezaan ideologi politik tak halang selesai isu tertunggak
Next: Puluhan rumah rosak akibat ribut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.