Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MA63: Perjuangan tuntut hak Sabah bukan milik parti politik, tetapi semua rakyat – Mustapha
  • NASIONAL

MA63: Perjuangan tuntut hak Sabah bukan milik parti politik, tetapi semua rakyat – Mustapha

Utusan Sarawak 12 hours ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud beramah mesra dengan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan di Sabah selepas menyampaikan amanat hari ini. Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Perjuangan Menuntut hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan slogan politik atau dimiliki oleh mana-mana parti, sebaliknya milik semua rakyat Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

Beliau berkata MA63 adalah dokumen sah yang membentuk asas Persekutuan Malaysia dan menetapkan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan dalam sebuah negara berdaulat.

“Antara komponen terpenting dalam MA63 bagi kita rakyat Sabah adalah pemberian 40 peratus Hak Sabah daripada hasil bersih Persekutuan yang dikutip di Sabah, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Setelah sekian lama tiada langkah konkrit yang diambil bagi menyelesaikan tunggakan ini, akhirnya Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka jalan keluar agar apa yang menjadi hak kita dipulangkan mengikut peruntukan yang disediakan dałam MA63,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan di Sabah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini data daripada agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kastam menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan bagi menentukan jumlah sebenar 40 peratus milik Sabah.

“Penubuhan jawatankuasa khas bagi meneliti data hasil jabatan-jabatan Persekutuan di Sabah adalah bukti bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil serius perkara ini, dan mahu melaksanakannya secara telus dan bertanggungjawab,” katanya.

Mengenai dakwaan Kerajaan Persekutuan memfailkan satu Notis Usul bagi menangguhkan pelaksanaan keputusan mahkamah berkaitan tuntutan Geran Khas 40 peratus hasil Sabah, Mustapha berkata beliau belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara berkenaan dan akan mengeluarkan kenyataan selepas mendapat maklumat tepat mengenainya.

“Saya ada mendengar mengenai perkara itu, namun tiada maklumat lengkap yang saya terima dan kita akan minta Kementerian Kewangan membuat laporan terperinci mengenainya,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Gas Malaysia lantik Azli Mohamed sebagai Presiden, CEO berkuat kuasa 1 April
Next: SPRM sertai 14 negara tumpaskan forum kebocoran data “LeakBase”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.