Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MA63 LANDASAN PEMBANGUNAN EKONOMI
  • TEMPATAN

MA63 LANDASAN PEMBANGUNAN EKONOMI

Utusan Sarawak 4 years ago
TAKLIMAT…. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendengar taklimat daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai status projek menaik taraf SK Merpati Jepang ketika lawatannya di sini, semalam. •Foto UKAS

KUCHING: Pembangunan perancangan ekonomi di Malaysia mesti berdasarkan wilayah-wilayah iaitu Sarawak, Sabah, dan Semenanjung Malaysia yang mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, hal ini kerana struktur ekonomi masing-masing dari tiga wilayah tersebut berbeza. 

“Sebenarnya pembangunan perancangan ekonomi hendaklah kita asaskan kepada wilayah, yang merangkumi, Wilayah Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.

“Disebabkan saiz Sarawak yang besar dan juga struktur ekonomi kita berlainan dengan Semenanjung Malaysia, Sarawak berasaskan kepada sumber dan juga keunikan yang ada pada kita, jadi pendekatan kita adalah berlainan.

“Sebab itulah saya kata ia ada hubung kait dengan MA63 kerana di dalam MA63 ada dinyatakan tiga wilayah berkenaan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang, semalam.

Beliau turut menggambarkan pendekatan semasa yang mana pembangunan berdasarkan negeri-negeri sebagai ‘cara lama’.

“Anda lihat, Baram sama besarnya dengan negeri Pahang . Bagaimana mungkin struktur dan perancangan ekonomi sama sahaja. Jadi, pendekatan mesti diubah,” tegasnya.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Amar Michael Manyin Jawong, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri merangkap pengerusi Biro Pendidikan PBB N8 Satok Abdul Samat Gani serta Timbalan Ketua Cawangan PBB N8 Satok Dato Ibrahim Baki.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Elak melepak bendung penularan wabak
Next: Jambatan ikonik lonjakkan pelancongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.