Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MA63 asas penting menentukan hak dan autonomi Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

MA63 asas penting menentukan hak dan autonomi Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Ding Koung Hiing bergambar bersama masyarakat setempat yang hadir pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran SUPP Cawangan Bintangor di Dewan Masyarakat Bintangor, baru-baru ini. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus menjadi asas penting dalam menentukan hak dan kedudukan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata ia menjamin kuasa autonomi tertentu kepada Sarawak termasuk hal ehwal tanah, sumber asli dan pentadbiran negeri.

“Hak pemilikan tanah di Sarawak adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Sarawak.

“Begitu juga dengan hasil minyak dan gas yang menjadi antara sumber utama ekonomi negeri yang memainkan peranan besar dalam menjana pembangunan serta meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran SUPP Cawangan  Bintangor bertempat di Dewan Masyarakat Bintangor, baru-baru ini.

Tambahnya, kerajaan Sarawak terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

DATUK Ding Koung Hiing berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2026. Foto Pusat Khidmat Meradong

“Melalui program Kampung Satu Malaysia, kerajaan akan membina perumahan skim pembesaran kampung tradisi (Spektra).

“Ia bagi memastikan lebih ramai rakyat memiliki kediaman yang selesa dan terancang pada masa akan datang terutamanya kepada yang belum mempunyai rumah kediaman,” katanya.

Koung Hiing turut menegaskan bahawa kesinambungan kepimpinan yang stabil telah membolehkan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan di kawasan Meradong sejak beberapa tahun lalu.

“Pada 2016, warga Meradong telah membuat pemilihan yang bijak demi memastikan kesinambungan arus pembangunan di Daerah Meradong.

“Hasilnya, pelbagai projek pembangunan berjaya dilaksanakan dan memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat setempat.

“Pembangunan pesat Sarawak hari ini menjadi kebanggaan rakyat negeri ini.

Katanya, infrastruktur, kemudahan awam dan projek pembangunan luar bandar terus diperkasa dari tahun ke tahun oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir isterinya, Datin Kueh Nai Fun; Naib Pengerusi SUPP Cawangan Bintangor, Chieng Boung Ong; Setiausaha SUPP Cawangan Bintangor, Lau Sie Hing; Bendahari SUPP Cawangan Bintangor, Lee Ngin Soon; Ketua Pergerakan Wanita SUPP Cawangan Bintangor, Konselar Chieng Ming Kiong serta Ketua Pergerakan Pemuda SUPP Cawangan Bintangor, Ley Chee Hua.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Anak buaya dua meter ditangkap di Kampung Sindang
Next: 30 masjid dan surau terima sumbangan kurma dan bantuan kewangan sempena Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.