Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MA63 asas kerjasama antara wilayah – Henry Sum Agong
  • TEMPATAN

MA63 asas kerjasama antara wilayah – Henry Sum Agong

Utusan Sarawak 3 hours ago
MA63 menjadi asas hak dan autonomi Sabah dan Sarawak, kata Henry Sum Agong ketika dihubungi Utusan Sarawak.

LAWAS: Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, menegaskan pentingnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan asas untuk memperkukuhkan perpaduan serta kerjasama antara wilayah yang terlibat.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Sarawak pada sesi rehat Persidangan Parlimen hari ini.

MA63, yang ditandatangani pada 16 September 1963, menyaksikan pembentukan Malaysia melalui penggabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura. Perjanjian ini menetapkan hak dan tanggungjawab antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri, serta menjamin hak dan autonomi Sabah dan Sarawak.

“MA63 sering menjadi tajuk perbincangan berkaitan hak autonomi dan pembangunan ekonomi di kedua-dua negeri tersebut. Kita mahu perbincangan yang matang, berilmiah dan akademik dalam membahaskan isu MA63, bukannya hanya berdasarkan naratif dan sentimen emosi sehingga mengabaikan fakta sebenar,” katanya.

Menurut Henry, titah Yang di-Pertuan Agong pada perasmian sesi Persidangan Parlimen semalam perlu dijunjung selaras dengan Perlembagaan Malaysia yang menekankan kesetiaan kepada Raja dan negara.

“Baginda jelas mahu perpaduan negara dan antara wilayah terus dipelihara untuk memperkukuhkan Kerajaan Malaysia, terutamanya ketika politik global berada dalam keadaan tidak menentu. Sebarang perpecahan atau kenyataan yang tidak berasaskan fakta demi kepentingan pihak tertentu hanya akan melemahkan negara,” tegas beliau.

Henry menambah, politik yang melampau hanya membawa bencana. Kepimpinan di Sarawak menekankan keutamaan kepada rakyat tanpa terlalu berpolitik. “Kita tidak mahu seperti rakan di tempat lain yang setiap hari bermain politik dari perkara kecil hingga isu sensitif dijadikan bahan untuk meraih perhatian dan sokongan,” jelasnya.

Beliau yakin titah Yang di-Pertuan Agong itu berasaskan kebimbangan terhadap ketidakstabilan perpaduan antara Kerajaan Persekutuan dan wilayah Sabah dan Sarawak.

“Kita harus sama-sama menjunjung kasih dan taat setia kepada Raja dan negara dengan satu matlamat, iaitu menjaga Malaysia agar terus selamat dan makmur untuk seluruh rakyat,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: MA63 hak perlembagaan, bukan politik murahan – Rodiyah
Next: STR beri kesan limpahan positif kepada peniaga makanan kecil di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.