Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • M. Nasir, Melly Goeslaw berkolaborasi dalam Konsert Cipta 4 Julai depan
  • HIBURAN

M. Nasir, Melly Goeslaw berkolaborasi dalam Konsert Cipta 4 Julai depan

Utusan Sarawak 3 hours ago

M. Nasir dan Melly Goeslaw bakal bergabung dalam Konsert Cipta 4 pada 4 Julai ini.

KUALA LUMPUR: Ikon muzik Nusantara Datuk M. Nasir bakal mementaskan persembahan mega menerusi Konsert Cipta 4 pada 4 Julai depan, yang turut menyaksikan kerjasama sulung beliau dengan komposer serta penyanyi tersohor Indonesia Melly Goeslaw.

Konsert yang dijangka diadakan di Unifi Arena, Bukit Jalil itu akan mempersembahkan  lebih 30 karya ikonik sepanjang perjalanan beliau dalam industri muzik tanah air selama lebih empat dekad.

M. Nasir berkata beliau kini dalam proses memperinci senarai lagu bagi memastikan kesinambungan emosi dan naratif persembahan tersebut memenuhi jangkaan peminat.

“Jumlah keseluruhan lagu adalah antara 30 hingga 40 karya termasuk medley. Ini masih di peringkat awal dan kami akan menyusunnya mengikut aliran persembahan yang dirancang,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Lagu-lagu yang dijangka dialunkan termasuk Sejati, Halaman Asmara, Sang Pencinta, Mentera Semerah Padi, Raikan Cinta, Suatu Masa, Mustika, Juwita, Rozana dan Aduh Saleha.

Mengulas perkembangan industri muzik semasa, beliau berkata kekuatan karya asli tetap menjadi teras yang dihargai oleh peminat seni.

“Kita hidup dalam masyarakat yang obses dengan keaslian. Yang ‘original’ ini sebenarnya tidak pernah hilang. Kalau dijaga, lagu asli  akan terus hidup dan kekal dalam ingatan ramai,” katanya.

Sementara itu, bagi Melly, peluang berkongsi pentas dengan M. Nasir disifatkan sebagai satu penghormatan besar selain merealisasikan impiannya yang telah lama dipendam memandangkan beliau amat mengagumi pengaruh penyanyi tersebut dalam perkembangan muzik serantau.

“Sejak dahulu saya memang ingin berduet dengan Datuk (M. Nasir), cuma belum tahu bila dan dalam kesempatan seperti apa. Alhamdulillah, tahun ini menjadi kenyataan. Ini satu penghormatan besar buat saya,” katanya.

Beliau berkata kolaborasi itu bukan sekadar persembahan, sebaliknya membuka ruang kepada kerjasama kreatif yang lebih luas termasuk kemungkinan menghasilkan karya bersama-sama pada masa akan datang.

Konsert bertemakan “Batik Injection” itu dijangka menjadi antara persembahan paling dinanti-nantikan tahun ini.

M. Nasir pernah mencetuskan fenomena luar biasa menerusi kejayaan empat konsert di bawah jenama Cipta, termasuk Cipta Raya yang dianjurkan pada 2024 dan 2025.- Bernama

Continue Reading

Previous: Natalie Portman umum hamil anak ketiga, sifatkan sebagai ‘satu keajaiban’
Next: Bintang filem Perancis Nathalie Baye meninggal dunia pada usia 77 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.