Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • M. Nasir hidupkan magis Mantera Semerah Padi di AIFFA 2025
  • HIBURAN

M. Nasir hidupkan magis Mantera Semerah Padi di AIFFA 2025

Utusan Sarawak 20 hours ago
LEGENDA muzik tanah air, Dato’ M. Nasir.

KUCHING: Legenda muzik tanah air, Dato’ M. Nasir memukau hadirin apabila membawakan lagu ikoniknya, Mantera Semerah Padi, pada acara AIFFA 2025 yang berlangsung malam Sabtu lalu.

Dikenali sebagai penyanyi, komposer dan penyair prolifik, M. Nasir tampil dengan aura tersendiri, menghidupkan kembali salah satu karya paling berpengaruh dalam kerjayanya. 

Lagu tersebut, yang dipopularkan melalui album Canggung Mendonan (1993), sememangnya terkenal dengan gabungan elemen etnik, puitis dan spiritual yang menjadi identiti seni beliau.

Persembahan malam itu disambut hangat para tetamu industri perfileman serantau, sekali gus mengimbau kekuatan M. Nasir sebagai figura penting dalam perkembangan muzik dan budaya Nusantara.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Eksklusif: ‘Ini untuk Malaysia’, ucapan syukur Sweet Qismina menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.