Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Delegasi Sarawak adakan lawatan ke sangkar ternakan ikan di Danau Toba, Indonesia
  • Utara
  • WILAYAH

Delegasi Sarawak adakan lawatan ke sangkar ternakan ikan di Danau Toba, Indonesia

Utusan Sarawak 13 hours ago
PANTAU SENDIRI… Datuk Dr Abdul Rahman menilai sendiri operasi ternakan ikan sangkar yang dijalankan di perairan Danau Toba.

LIMBANG: Delegasi Sarawak yang diketuai oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, telah mengadakan lawatan kerja ke kawasan sangkar ternakan PT Aquafarm Nusantara (PTAN) di Danau Toba, Indonesia, semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) berkata, lawatan tersebut bertujuan meninjau secara langsung perkembangan teknologi dan kaedah ternakan ikan tilapia dalam sangkar yang dijalankan di negara jiran itu.

Menurut beliau, lawatan ini juga menjadi platform bagi memperkukuh usaha memajukan industri akuakultur di Sarawak melalui pemindahan pengetahuan serta perkongsian amalan terbaik daripada Indonesia.

BUAT CATATAN… Datuk Dr Abdul Rahman Ismail mencatat pemerhatian semasa lawatan ke kawasan ternakan ikan di Danau Toba, diiringi Dato Dennis Ngau.

“PTAN merupakan syarikat ternakan ikan terkemuka di Indonesia dan antara pengeluar ikan tilapia (nila merah) terbesar bagi pasaran tempatan serta antarabangsa. Syarikat ini melaksanakan operasi bersepadu sepenuhnya, bermula daripada proses pembenihan hingga penternakan untuk dipasarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota menambah, kualiti air di Danau Toba yang kaya dengan mineral semula jadi dan bersuhu stabil sepanjang tahun menjadi faktor utama kawasan itu sesuai bagi aktiviti penternakan ikan berskala besar.

“Difahamkan lebih daripada 400 sangkar ikan masih aktif beroperasi di kawasan Danau Toba pada masa ini,” ujarnya.

Turut hadir Ahli Jemaah Pengarah PPNS, Dato Dennis Ngau, Setiausaha Tetap M-FICORD, Datu Sirai Daha serta ahli rombongan lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Segerakan pembinaan asrama SK Sungai Antu tanpa berfasa – ADUN Kalaka
Next: JPJ Miri laksana Ops Gempur Kenderaan Perdagangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.