Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lyon julang Piala Perancis Wanita
  • SUKAN

Lyon julang Piala Perancis Wanita

Utusan Sarawak 5 years ago

Lyon's players pose with the trophy as they celebrate their victory at the end of the French Cup final football match between Olympique Lyonnais (OL) and Paris Saint-Germain (PSG) at the Abbe-Deschamps stadium in Auxerre, on August 9, 2020. (Photo by Philippe DESMAZES / AFP)

PEMAIN Lyon bergambar dengan trofi ketika mereka meraikan kemenangan mereka di akhir fi nal Piala Perancis Wanaita antara Lyon dan Paris Saint-Germain di stadium Abbe-Deschamps di Auxerre.• Foto AFP

LYON menewaskan Paris Saint-Germain 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti untuk melebarkan rekod kemenangan Piala Perancis Wanita kesembilan mereka semalam, kurang dari tiga minggu sebelum aksi suku akhir Liga Juara-Juara UEFA Wanita.

Juara Eropah itu diikat 0-0 dalam masa sebenar sebelum Sarah Bouhaddi menyelamatkan sepakan penalti Lea Khelifi.

Lyon diisytiharkan sebagai juara liga Perancis pada bulan Mei setelah musim berakhir awal kerana wabak Covid-19.

“Itu adalah permainan yang sukar setelah krisis kesihatan, kami kembali ke pertandingan peringkat tertinggi, tidak mudah bagi kedua-dua belah pasukan,” kata Bouhaddi kepada penyiar France TV.

“Saya banyak melakukan sepakan penalti dalam latihan, ini memberi kami kemenangan malam ini, yang merupakan perkara terbaik,” tambahnya.

Bekas pemenang Ballon d’Or, Ada Hegerberg terlepas aksi final kerana mengalami kecederaan lutut.

Permainan dihentikan selama 10 minit dalam separuh pertama kerana hujan lebat dan ribut menyebabkan kegagalan lampu sorot di hadapan orang ramai yang dihadkan sehingga 5,000 orang di Auxerre kerana sekatan Covid-19

Dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara, Lyon akan menentang Bayern Munich pada 23 Ogos di Bilbao sementara Paris SG menentang Arsenal di San Sebastian pada hari yang sama.

Kedua-dua pasukan dari Perancis itu berkemungkinan bertemu satu sekali di epringkat separuh akhir. – AFP

Continue Reading

Previous: Serena mahu terus beraksi dalam terbuka AS
Next: NAAM cadang anjur dua kejohanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.