
Stage winner Team Astana rider Kazakhstan's Alexey Lutsenko celebrates as he crosses the finish line of the 6th stage of the 107th edition of the Tour de France cycling race, 191 km between Le Teil and Mont Aigoual, on September 3, 2020. (Photo by Stuart Franklin / various sources / AFP)

ALEXEY Lutsenko dari Astana memenangi peringkat keenam Jelajah Perancis semalam dengan melengkapkan ‘breakaway’ panjang di atas dua gunung di Taman Negara Cevennes.
Pelumba dari Britain, Adan Yates mengekalkan jersi kuning pendahulu keseluruhan walaupun ada terdapat cabaran lewat daripada pelumba Perancis, Julian Alaphilippe untuk merampasnya kembali dengan kayuhan pecutan ke penghujung yang merapatkan kembali jarak untuk beberapa saat.
“Ini berjalan dengan baik, dengan melepaskan diri daripada penunggang hebat lain yang perlu kami kendalikan, tetapi hari yang baik untuk kami,” kata Yates.
“Esok semestinya mudah,” kata Yates ketika ditanya mengenai peringkat mendatar pada Sabtu, yang mana dia berkemungkinan akan mengekalkan kedudukan keseluruhan.
Tidak ada cubaan memintas lain daripada pasukan pilihan di peringkat gunung. Perlumbaan, yang akan berakhir di Paris pada 20 September, masih jauh.
Lutsenko dari Kazakhstan, memulakan perlumbaan lebih lima minit di belakang Yates ketika peloton meninggalkan wilayah Ardeche.
Dia menyertai kumpulan yang melakukan ‘breakaway’ termasuk juara Olimpik, Greg Van Avermaet dengan basikal emasnya, yang menduduki tempat ketiga ketinggalan 55 di belakang.
Pelumba dari Sepanyol, Jesus Herrada berada di kedudukan kedua.
“Itu kemenangan paling indah dalam karier saya,” kata juara kebangsaan Kazakhstan, yang juga memenangi peringkat Vuelta.
“Ia juga penting bagi pasukan Astana saya.”
Lutsenko tidak goyah di peringkat pendakian terakhir.
“Menuju garisan penamat saya tahu Herrada tidak dapat memintas saya,” katanya.
Alaphilippe kehilangan jersi kuning pada hari Rabu setelah pengambilan botol air lewat yang menyebabkannya dikenakan penalti 20 saat. – AFP