Luruan monsun dijangka berlaku di timur Semenanjung Malaysia 25-29 Disember ini

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Luruan monsun dijangka berlaku pada 25 hingga 29 Disember ini yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata  analisis terhadap model-model cuaca terkini juga menunjukkan angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di Laut China Selatan.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya  dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook MetMalaysia, hari ini.

-Bernama