Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lukisan Frida Kahlo terjual pada AS$54.7 juta, catat rekod tertinggi bagi seniman wanita
  • GLOBAL

Lukisan Frida Kahlo terjual pada AS$54.7 juta, catat rekod tertinggi bagi seniman wanita

Utusan Sarawak 59 mins ago
LUKISAN El sueño (La cama) oleh Frida Kahlo, karya yang memecah rekod lelongan seniman wanita.

NEW YORK: Sebuah potret diri oleh pelukis terkenal Mexico, Frida Kahlo terjual pada harga AS$54.7 juta di New York, sekali gus mencatat rekod karya seni paling berharga pernah dilelong oleh seniman wanita, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Khamis yang memetik rumah firma lelongan Sotheby’s.

Sotheby’s berkata dua pembida bersaing selama lima minit untuk mendapatkan lukisan 1940 bertajuk “El sueño (La cama)”, atau “The Dream (The Bed)”, yang menggambarkan Kahlo berbaring di atas katil. 

Identiti pembida yang berjaya tidak didedahkan.

Rekod lelongan terdahulu bagi karya seniman wanita dipegang pelukis Amerika Syarikat Georgia O’Keeffe, menerusi karya “Jimson Weed/White Flower No.1” yang terjual pada harga AS$44 juta pada 2014. 

Bagi karya Kahlo sendiri, rekod sebelum ini mencecah AS$34.9 juta pada 2021.

“El sueño (La cama)” kali terakhir dilelong pada 1980 pada harga AS$51,000.

Seniman tersohor dunia itu, yang lahir pada 1907 dan meninggal dunia pada 1954 ketika berusia 47 tahun selepas kehidupan yang sarat kesakitan fizikal dan emosi, terkenal dengan potret dirinya yang ikonik.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Korea Selatan kerah helikopter, ratusan anggota kawal kebakaran hutan Inje

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.