Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lukaku, Martinez kemudi Inter ke final
  • SUKAN

Lukaku, Martinez kemudi Inter ke final

Utusan Sarawak 5 years ago

Inter Milan's Italian defender Danilo D'Ambrosio (R) scores the 2-0 during the UEFA Europa League semi-final football match Inter Milan v Shakhtar Donetsk on August 17, 2020 in Duesseldorf, western Germany. (Photo by Lars Baron / POOL / AFP)

GOL… Danilo D’Ambrosio menjaringkan gol kedua Inter Milan semasa perlawanan separuh akhir Liga Europa menentang Shakhtar Donetsk di Duesseldorf, barat Jerman. • Foto AFP

INTER Milan ditakdirkan untuk “perkara hebat” di bawah Antonio Conte, menurut Lautaro Martinez setelah pemain dari Argentina itu dan Romelu Lukaku masing-masing menjaringkan dua gol untuk mengalahkan Shakhtar Donetsk 5-0 di Dusseldorf untuk mara ke final Liga Europa.

Danilo D’Ambrosio turut menemui sasaran buat gergasi Itali, yang akan berdepan Sevilla dalam final di Cologne, Sabtu ini.

Inter telah mengharungi kemarau trofi untuk tempoh satu dekad sejak memenangi Liga Juara-Juara UEFA pada 2010, merapatkan jurang ke atas Juventus di puncak Serie A dengan hanya satu mata dalam musim pertama Conte sebagai jurulatih dan kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk menjulang trofi pertama dalam tempoh sembilan tahun.

Gandingan produktif Martinez dan Lukaku telah menjadi sumber kejayaan Inter dan mereka berjaya menghasilkan 54 gol sepanjang musim ini.

“Ia adalah malam yang luar biasa, sesuatu yang kami impikan,” kata Martinez, yang dikaitkan sebagai pengganti Luis Suarez di Barcelona.

“Kami membuktikan bahawa Inter bersedia untuk perkara hebat, kami sudah bersedia untuk aksi final.”

Selepas permulaan yang perlahan, Martinez meletakkan Inter di landasan betul untuk final Eropah ke-10 mereka ketika dia menolak masuk umpanan silang Nicolo Barella untuk membuka jaringan pada minit ke-19.

“Jangan tertipu dengan keputusan,” kata Conte. “Kami cukup bagus dan tidak membiarkan mereka bermain dengan cara yang mereka mahukan. Para pemain bermain tepat dengan bagaimana cara permainan Eropah harus dimainkan.”

Inter terus memberi tamparan apabila D’Ambrosio menanduk masuk sepakan sudut Marcelo Brozovic untuk gol kedua pasukannya.

“Ketika Inter menjaringkan gol kedua mereka, kami terus tumbang,” kata jurulatih Shakhtar Donetsk, Luis Castro. “Selepas 2-0, kami melakukan banyak kesalahan yang dahsyat.”

Lukaku melebarkan rentak jaringan beliau 12 minit sebelum tamat setelah menerima hantaran kemas daripada Martinez dengan menjaringkan gol dalam 10 perlawanan Liga Europa berturut-turut.

Lima minit kemudian, bekas penyerang Manchester United itu menjaringkan gol ke-33 beliau musim ini dengan menewaskan barisan pertahanan Shakhtar sebelum melepaskan percubaan menewaskan penjaga gol Donetsk, Andriy Pyatov. – AFP

Continue Reading

Previous: Hamilton sapu rekod kemenangan di Sepanyol
Next: Kriteria pemilihan atlet diperhalusi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.