Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • ‘Lucky bamboo’ kekal pilihan utama sempena Tahun Baharu Cina
  • NASIONAL

‘Lucky bamboo’ kekal pilihan utama sempena Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 4 hours ago
TAHUN Baharu Cina tidak lengkap tanpa pokok hiasan terutamanya pokok segar termasuk ‘lucky bamboo’ atau nama saintifiknya ‘Dracaena Sanderiana’ adalah salah satu tumbuhan yang popular dalam kalangan masyarakat Cina dipercayai melambangkan tuah dan kemakmuran, selain menyuntik suasana ceria serta semangat baharu di dalam rumah. Foto Bernama

KOTA BHARU: Tahun Baharu Cina tidak lengkap tanpa pokok hiasan terutamanya pokok segar termasuk lucky bamboo yang melambangkan tuah dan kemakmuran, selain menyuntik suasana ceria serta semangat baharu di dalam rumah.

Bagi masyarakat Tionghoa elemen pokok ini bukan sekadar hiasan fizikal tetapi simbolik untuk ‘menghidupkan’ sambutan perayaan.

Pemilik Wee Garden Wee Pock Soon, 65, berkata pokok lucky bamboo atau nama saintifiknya Dracaena Sanderiana ialah satu daripada tumbuhan popular dalam kalangan masyarakat Cina.

TAHUN Baharu Cina tidak lengkap tanpa pokok hiasan terutamanya pokok segar termasuk ‘lucky bamboo’ atau nama saintifiknya ‘Dracaena Sanderiana’ adalah salah satu tumbuhan yang popular dalam kalangan masyarakat Cina dipercayai melambangkan tuah dan kemakmuran, selain menyuntik suasana ceria serta semangat baharu di dalam rumah. Foto Bernama

“Hal ini kerana mengikut amalan kepercayaan Feng Shui pokok lucky bamboo ini boleh membawa tuah, kuasa positif serta keberuntungan kepada pemiliknya.

“Pada sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, permintaan terhadap lucky bamboo agak tinggi dengan lebih 90 peratus tanaman hiasan itu sudah terjual sejak dua minggu lepas,” katanya ketika ditemui Bernama di premis perniagaannya baru-baru ini.

Wee yang mewarisi perniagaan daripada bapanya lebih 30 tahun lepas berkata setiap tahun pelanggan tetap akan membuat tempahan awal kerana tanaman ini lebih mudah dijaga, tahan lama dan menyuntik suasana segar pada ruang kediaman.

“Walaupun dijual pada harga agak tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit, pelanggan sanggup mengeluarkan duit untuk mendapatkannya.

PEMILIK Wee Garden Wee Pock Soon, 65, berkata pokok lucky bamboo atau nama saintifiknya Dracaena Sanderiana ialah satu daripada tumbuhan popular dalam kalangan masyarakat Cina. Foto Bernama

“Malah, rekaan hiasan lucky bamboo dalam pelbagai variasi turut menambah tarikan pelanggan memilikinya,” katanya.

Beliau berkata pokok hiasan ini diimport dari China, Indonesia serta Thailand dan dijual bermula harga RM25 hingga ribuan ringgit bergantung kepada saiz dan bentuknya.

“Pada kali ini, lucky bamboo berbentuk nanas antara yang laris dan mendapat perhatian walaupun dijual pada harga sekitar RM850 sepasu.

“Bagaimanapun, lucky bamboo pada harga mampu milik turut disediakan bagi memastikan semua lapisan masyarakat Tionghoa di Kelantan berpeluang membelinya,” katanya.

Wee berkata jumlah batang lucky bamboo yang dibentuk menjadi pokok hiasan juga mempunyai konotasi berbeza dan sesuai dijadikan hadiah kepada keluarga serta sanak saudara sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

TAHUN Baharu Cina tidak lengkap tanpa pokok hiasan terutamanya pokok segar termasuk ‘lucky bamboo’ atau nama saintifiknya ‘Dracaena Sanderiana’ adalah salah satu tumbuhan yang popular dalam kalangan masyarakat Cina dipercayai melambangkan tuah dan kemakmuran, selain menyuntik suasana ceria serta semangat baharu di dalam rumah. Foto Bernama

“Dua batang lucky bamboo mewakili kasih sayang, tiga menandakan kebahagiaan, enam menandakan kemakmuran dan lapan pula melambangkan limpahan rezeki dan kekayaan.

“Malah, setiap pokok buluh juga mempunyai keunikan tersendiri sehingga diangkat antara pokok hiasan pilihan ramai, selain pokok limau kasturi ketika Tahun Baharu Cina,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: DKKN 2026-2030 pastikan kesejahteraan keluarga hadapi cabaran masa depan – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.