Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lucas Lau dilantik Yang Di-Pertua MTPN Wilayah Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Lucas Lau dilantik Yang Di-Pertua MTPN Wilayah Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
LUCAS Lau.

SIBU: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) mengumumkan pelantikan Lucas Lau sebagai Yang Di-Pertua MTPN Wilayah Sarawak, berkuat kuasa serta-merta pada Selasa lalu.

Pelantikan tersebut dibuat bagi mengiktiraf kepimpinan cemerlang beliau dalam menerajui MTPN Cawangan Sibu, khususnya dalam memperkukuh kesedaran awam berkaitan hak pengguna di negeri ini.

Dalam kenyataannya, Lucas menzahirkan penghargaan kepada Ibu Pejabat MTPN atas kepercayaan yang diberikan serta kepada semua ahli MTPN Sarawak atas komitmen dan dedikasi mereka.

“Dengan penuh kesyukuran dan setinggi-tinggi terima kasih, saya merakamkan penghargaan kepada Ibu Pejabat MTPN atas peluang bermakna ini.

“Penghargaan juga saya tujukan kepada seluruh ahli MTPN Sarawak yang sentiasa berdedikasi dalam memperkukuh lapan hak asas pengguna menerusi pelbagai kempen kesedaran dan aktiviti sosial,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kebangsaan MTPN, Dato Paduka Dr. Kevy Yeo berkata, pelantikan Lucas sebagai Yang Di-Pertua Wilayah Sarawak merupakan langkah strategik untuk memperkukuh peranan MTPN di negeri ini.

Menurut beliau, kepimpinan baharu itu diyakini mampu meneruskan agenda memperjuangkan keadilan pengguna dan menangani pelbagai isu aduan dengan lebih berkesan.

Sepanjang mengetuai MTPN Sibu, Lucas bersama pasukannya berjaya mengendalikan lebih 50 kes aduan pengguna sejak Ogos 2023, membuktikan kecekapan serta keprihatinan dalam menyelesaikan isu kepenggunaan.

Selain itu, MTPN Cawangan Sibu turut aktif menjalankan program kesedaran melalui media sosial, komuniti setempat dan kerjasama strategik bersama rakan media bagi memastikan maklumat berkaitan hak pengguna dapat disampaikan secara meluas.

Antara lima sorotan utama aktiviti MTPN yang mendapat perhatian media termasuk laporan bertajuk ‘Pentingnya MTPN Sebagai Penghubung Masyarakat dan Kerajaan’, ‘Lebih 50 Kes Aduan Pengguna Dikendalikan Sejak Ogos 2023’, ‘Mangsa Jualan Langsung Terpaksa Bayar RM9,000’, ‘Amaran Penipuan Perumahan Melibatkan Kerugian RM1.8 Juta’ dan ‘Kawasan Panas Kes Penipuan Dalam Talian Dikenal Pasti’.

MTPN turut menjadikan pendidikan pengguna sebagai fokus utama, terutama dalam memperkasakan generasi muda menghadapi cabaran dunia digital.

Pada Mei lalu, Lucas turut mengetuai pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MTPN dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) bagi memperluas kempen kesedaran serta program pendidikan kepenggunaan.

Hasil usaha berterusan dan prestasi cemerlang dalam memperjuangkan isu-isu kepenggunaan itu juga melayakkan beliau diangkat sebagai Duta Hak Pengguna Sarawak.

Lucas menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama rapat dengan seluruh ahli MTPN di negeri ini bagi memastikan setiap pengguna mendapat maklumat dan perlindungan sewajarnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 308 pegawai KPDN dikerah pantau harga dan bekalan sempena Deepavali
Next: Jalan Nanga Ulu Kedoh Roban dilanda banjir kilat, paras air kini menurun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.