KUCHING: Lubok Antu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 182, sekali gus berada dalam kategori tidak sihat setakat 8.00 pagi ini.
Berdasarkan data pemantauan kualiti udara Sarawak, lima lagi kawasan turut merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Samarahan (164), IPD Serian (162), Sri Aman (155) dan Lundu (106).
Sementara itu, Kuching mencatatkan bacaan IPU 97, berada pada tahap sederhana, manakala 11 kawasan lain turut merekodkan kualiti udara pada tahap sama.
Kawasan berkenaan ialah Tebedu (97), Bintulu dan Samalaju masing-masing 82, ILP Miri (79), Sarikei (76), Mukah (70), Lawas (68), Miri (67), Sibu (65), Kapit (60), Limbang (59) dan Bario (56).
Tiada kawasan merekodkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya setakat 8.00 pagi ini.
Mengikut klasifikasi IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.
Bacaan IPU dikira berdasarkan purata 24 jam daripada parameter pencemar udara yang paling dominan.
Oleh Shikin Mahmud





