Lubok Antu, Sri Aman catat IPU sangat tidak sihat

Facebook
WhatsApp
LUBOK Antu mencatat IPU tertinggi 222, diikuti Sri Aman 203, masing-masing pada tahap sangat tidak sihat setakat 12.00 tengah hari ini.

KUCHING: Keadaan kualiti udara di Sarawak terus membimbangkan apabila Lubok Antu dan Sri Aman mencatatkan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat setakat 12.00 tengah hari ini.

Lubok Antu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 222, manakala Sri Aman turut berada pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 203.

Tujuh kawasan lain berada pada tahap tidak sihat dengan Lundu mencatat IPU 191, diikuti IPD Serian (179), Sarikei (156), Kuching (153), Tebedu (140), Miri (117) dan Bintulu (115).

Sementara itu, lapan kawasan masih berada pada tahap sederhana iaitu Sibu dengan bacaan 96, Samalaju (94), Lawas (91), ILP Miri (87), Bario (85), Mukah (76), Limbang (70) dan Kapit (63).

Tiada bacaan direkodkan bagi stesen Samarahan setakat 12.00 tengah hari.

Secara keseluruhan, dua kawasan berada pada tahap sangat tidak sihat, tujuh kawasan tidak sihat dan lapan kawasan sederhana, manakala satu stesen tidak mempunyai data.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara 51 hingga 100 dikategorikan sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, manakala 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat.

Bacaan IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter pencemar udara yang paling dominan.

Oleh Norman B

Lubok Antu paling terjejas, IPU cecah 230

KUCHING: Lubok Antu menjadi kawasan paling terjejas akibat kemerosotan kualiti udara di Sarawak apabila Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 230,