Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lubnan salahkan Israel cemari kedaulatan
  • GLOBAL

Lubnan salahkan Israel cemari kedaulatan

Utusan Sarawak 5 years ago

Smoke billows above the edges of southern Lebanon's Kfarchouba village after reported Israeli bombardment of the Shebaa Farms sector following reports of clashes in the Lebanese-Israeli border area, on July 27, 2020. (Photo by Mahmoud ZAYYAT / AFP)

KEPULAN asap di atas bukit di pinggir perkampungan Kfarchouba selatan Lubnan setelah melaporkan pengeboman Israel terhadap Ladang Shebaa berikutan laporan pertempuran di kawasan sempadan Lebanon-Israel pada Isnin. • Foto AFP

MOSCOW: Perdana Menteri Hassan Diab berkata, pada Selasa rejim Israel telah mencemari kedaulatan Lubnan dan melakukan operasi ketenteraan “berbahaya” di sempadan kedua-dua negara, lapor agensi berita Sputnik.

“Semalam, Israel sekali lagi mencemari kedaulatan Lubnan dan mencabuli Resolusi 1701 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan melakukan operasi ketenteraan yang berbahaya,” kata Diad. 

Perdana Menteri itu turut memberi amaran hubungan kedua-dua negara mungkin “tergugat memandangkan ketegangan yang berlaku di sempadan.”

Pengumuman itu susulan insiden berbalas tembakan yang berlaku pada Isnin di sempadan Israel-Lubnan di kawasan pertanian Shebaa yang menjadi pertikaian. 

Seorang sumber tempatan memberitahu Sputnik, Israel turut membedil penempatan Kfarchouba di selatan Lubnan selama kira-kira setengah jam.

Minggu lalu, ketegangan di wilayah itu memuncak selepas terdapat laporan mengatakan Israel melancarkan serangan udara dan membunuh seorang pejuang Hizbullah di selatan Damsyik. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kabinet terkuat Singapura
Next: Presiden Mali lantik menteri baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.