Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lubnan alami krisis makanan terbesar
  • GLOBAL

Lubnan alami krisis makanan terbesar

Utusan Sarawak 5 years ago
PENUNJUK perasaan berhimpun menunjukkan protes terhadap krisis ekonomi terburuk
negara itu sebaik sahaja pelaksanaan lockdown berikutan wabak Covid-19 dilonggarkan
pada awal Mei lalu. • Foto AFP

BEIRUT: Lubnan berisiko mengalami krisis makanan terbesar kerana masalah kewangan yang teruk dan kejatuhan ekonomi berikutan krisis wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda dunia.

Perdana Menterinya, Hassan Diab hari ini memberi amaran mengenai keadaan darurat bekalan makanan keselamatan global akibat wabak tersebut.

Katanya, usaha untuk menyekat eksport makanan mesti ditentang dan meminta Amerika Syarikat (AS) serta Kesatuan Eropah (EU) untuk menubuhkan dana kecemasan bagi membantu Timur Tengah menghindari krisis yang teruk.

“Jika tidak kebuluran boleh mencetuskan aliran migrasi baru ke Eropah dan semakin mengancam wilayah ini,” katanya kepada AFP.

Menurutnya, Lubnan berada dalam krisis yang mendalam sebelum Covid-19 melanda berikutan kadar inflasi dan pengangguran yang bertambah. –AFP

Continue Reading

Previous: Brazil guna ubat anti malaria rawat gejala ringan
Next: Nahas pesawat PIA: 97 maut, dua terselamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.