Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lubang benam dikesan berdekatan KLIA
  • NASIONAL

Lubang benam dikesan berdekatan KLIA

Utusan Sarawak 8 months ago

Lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto Bernama

SEPANG:Tiada kerosakan harta benda awam dilaporkan berikutan kejadian lubang benam yang dikesan hari ini pada jalan di luar Kompleks Bunga Raya (KBR), kira-kira satu kilometer dari Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malaysia Airports menyatakan bahawa akses ke kedua-dua terminal KLIA masih boleh dilakukan dan operasi penerbangan juga tidak terjejas.

“Pasukan kami telah mengepung kawasan itu dan sedang menilai keadaan. Pihak berkuasa berkaitan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dimaklumkan dan usaha pembaikan sedang dijalankan.

“Jalan yang terjejas ditutup sementara dengan laluan lencongan dibuka untuk kenderaan melakukan operasi,” kata Malaysia Airports dalam siaran media sosial hari ini.

Terdahulu, JKR mengesahkan bahawa lubang benam sedalam satu meter telah terjadi berhampiran KBR di KLIA awal pagi Rabu dan kebocoran paip kumbahan disyaki menjadi puncanya.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal landa hampir semua negeri petang ini
Next: Daftar masuk keluar hotel: MOTAC minta penjelasan pemain industri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.