Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lubang benam di Yashio makin besar, hampir menyamai panjang kolam renang Olimpik
  • GLOBAL

Lubang benam di Yashio makin besar, hampir menyamai panjang kolam renang Olimpik

Utusan Sarawak 3 months ago

Pegawai polis dan anggota penyelamat bersiap sedia untuk misi menyelamat di Yashio, timur laut Tokyo, pada 30 Januari 2025, dua hari selepas sebuah trak jatuh ke dalam lubang benam.

YASHIO: Pekerja kecemasan di Jepun mula membina tanjakan atau ‘ramp’ hari ini dalam usaha menyelamat pemandu trak berusia 74 tahun yang nasibnya belum diketahui selepas kenderaannya terbenam dalam lubang benam minggu ini.

Menurut pihak berkuasa, lubang itu kini mencapai 40 meter (130 kaki) hampir menyamai panjang kolam renang Olimpik, sejak ia terbentuk di sebuah bandar di utara Tokyo pada pagi Selasa.

Menurut pihak berkuasa di Yashio, lubang yang semakin membesar itu mungkin berpunca daripada hakisan membabitkan paip kumbahan.

“Keadaan ketika ini sangat berbahaya.”

“Kami merancang untuk membina cerun (untuk mengakses lubang) dari tempat yang lebih selamat supaya dapat menghantar peralatan berat,” kata Ketua Jabatan Bomba, Tetsuji Sato kepada pemberita semalam.

Tambahnya, air bawah tanah yang bocor di dalam lubang itu ‘terus mengalir masuk’.

Tiada komunikasi antara pasukan penyelamat dengan pemandu terbabit sejak sekitar tengah hari Selasa dengan tanah dan serpihan lain kini meliputi kabin lorinya di Yashio.

Pihak berkuasa berharap dapat menyelesaikan pembinaan cerun 30 setinggi meter hari ini, namun seorang pegawai tempatan berkata, ia mungkin mengambil masa beberapa hari.

Operasi diburukkan lagi berikutan dinding dalam lubang itu yang kini kedalamannya sekitar 10 meter (30 kaki) terus terhakis, sekali gus menghalang pekerja penyelamat daripada berada di dalamnya lebih lama. – AFP

Continue Reading

Previous: Penggantungan bantuan AS akan jejas sektor kesihatan Botswana
Next: Asteroid kategori ‘pemusnah bandar’ diramal bertembung bumi Disember 2032

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.