Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • LPKP Sarawak bincang reformasi dasar untuk memodenkan industri teksi
  • TEMPATAN

LPKP Sarawak bincang reformasi dasar untuk memodenkan industri teksi

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENGERUSI LPKP Sarawak, Michael Kong (lima dari kiri) bergambar bersama Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik, Abang Zulkarnain (paling kiri), Pengarah LPKP Sarawak, Norizan Jili (enam dari kiri) serta Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Supt Bingkok John (tujuh dari kiri), bersama pengerusi-pengerusi persatuan teksi.

KUCHING: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak (LPKP) baru-baru ini mengadakan pertemuan bersama persatuan dan pengusaha teksi dari seluruh negeri bagi membincangkan beberapa cadangan perubahan dasar yang bertujuan memperkukuh serta memodenkan industri teksi.

Pengerusinya, Michael Kong berkata, antara cadangan utama yang dibincangkan ialah pemansuhan keperluan pemandu teksi berusia lebih 65 tahun untuk mendaftarkan pemandu kedua.

“Di bawah peraturan sedia ada, ramai pemandu mendaftarkan anak mereka sebagai pemandu kedua semata-mata untuk mematuhi syarat, walaupun mereka tidak pernah mengendalikan teksi berkenaan.

“Pada masa hadapan, pembaharuan lesen akan berdasarkan sama ada pemandu memiliki lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah,” katanya.

Menurut beliau, pemegang lesen PSV telah disahkan sihat dari segi perubatan, justeru cadangan tersebut dapat mengurangkan beban pentadbiran yang tidak perlu tanpa menjejaskan piawaian keselamatan.

Beliau menambah, satu lagi cadangan ialah membenarkan syarikat memohon lesen teksi, bagi menggalakkan pelaburan sektor swasta serta pembangunan armada teksi yang diuruskan secara profesional.

“Pendekatan ini adalah selaras dengan model operasi teksi di negara seperti Singapura dan dapat membantu memprofesionalkan industri,” katanya.

Kong turut menegaskan kepentingan penggunaan meter digital, sambil menyatakan bahawa penggunaan meter yang betul amat penting bagi meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan teksi, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) serta peningkatan jangkaan jumlah pelawat ke Sarawak.

Beliau berkata, beberapa isu operasi turut dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut, termasuk pengurusan aliran trafik di lapangan terbang di seluruh Sarawak.

“Kami memandang serius perkara ini dan akan mengatur perbincangan lanjut bersama Malaysia Airports Holdings Berhad bagi meneroka penyelesaian praktikal yang memberi manfaat kepada pemain industri serta orang awam,” katanya.

Menurutnya, LPKP Sarawak kekal komited untuk menyeimbangkan kebajikan pemain industri dengan aspek keselamatan awam dan kualiti perkhidmatan, di samping memastikan dasar yang dilaksanakan kekal relevan dan responsif terhadap keperluan semasa.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: STR beri kesan limpahan positif kepada peniaga makanan kecil di Kuching
Next: AirBorneo perkukuh nadi perhubungan udara pedalaman Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.