Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • LPKP, MAHB bincang pelaksanaan geo-fencing e-hailing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
  • TEMPATAN

LPKP, MAHB bincang pelaksanaan geo-fencing e-hailing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Utusan Sarawak 4 hours ago
MICHAEL Kong menghadiri mesyuarat bersama MAHB mengenai geo-fencing.

KUCHING: Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Michael Kong Feng Nian, menghadiri mesyuarat bersama wakil Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini bagi membincangkan pelaksanaan teknologi geo-fencing oleh pengendali e-hailing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Mesyuarat itu turut meneliti susun atur semasa perkhidmatan penghantaran dan pengambilan penumpang oleh kenderaan e-hailing di lapangan terbang berkenaan.

Michael berkata langkah berkenaan penting bagi memastikan aliran trafik lebih lancar dan mengurangkan kesesakan, khususnya pada musim perjalanan sibuk.

“Antara kebimbangan utama yang dikenal pasti ialah jumlah kenderaan yang meletak kenderaan di zon menunggu ditetapkan serta di bahu jalan, sekali gus menyumbang kepada kesesakan trafik di sekitar lapangan terbang,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya turut menerima aduan orang awam yang hampir terlepas waktu daftar masuk penerbangan berikutan kelewatan disebabkan kenderaan yang berhenti atau parkir secara tidak teratur di tepi jalan.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan MAHB meneliti semula sistem pengurusan trafik sedia ada bagi memastikan pergerakan lebih lancar untuk semua pengguna.

“Papan tanda yang lebih jelas dan menonjol perlu dipasang bagi memaklumkan pemandu mengenai laluan khas penghantaran dan pengambilan penumpang, serta zon yang ditetapkan untuk teksi dan kenderaan e-hailing,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar MAHB mengenal pasti serta memperuntukkan ruang sesuai bagi kenderaan menunggu atau parkir secara lebih teratur, susulan pengurangan ketara petak parkir akibat kerja pembinaan stesen ART yang sedang dijalankan.

Katanya, peningkatan jumlah penumpang di lapangan terbang berkenaan memerlukan langkah pengurusan trafik yang proaktif bagi memastikan kecekapan operasi serta pengalaman yang baik kepada pengguna.

“Saya berharap kerjasama berterusan antara MAHB, LPKP Sarawak dan pengendali e-hailing dapat diperkukuh demi manfaat orang ramai,” katanya.

Turut hadir ahli lembaga LPKP Sarawak serta wakil syarikat e-hailing, termasuk Grab dan Maxim.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Sarawak teras penyelesaian perubahan iklim negara – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.