Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lorong Sungai Apong dinaik taraf, keselamatan pelajar jadi fokus MBKS
  • TEMPATAN

Lorong Sungai Apong dinaik taraf, keselamatan pelajar jadi fokus MBKS

Utusan Sarawak 4 hours ago
BERINTERAKSI… Dato Wee Hong Seng beramah mesra dengan pelajar dan ibu bapa semasa lawatan susulan di Lorong Sungai Apong.

KUCHING: Isu keselamatan pelajar yang menggunakan laluan ke sekolah di Lorong Sungai Apong kini mendapat perhatian serius apabila Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) melaksanakan penambahbaikan segera di kawasan berkenaan.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, langkah tersebut diambil susulan lawatan terdahulu bagi menangani masalah jalan serta sistem perparitan yang menjejaskan keselamatan pengguna, khususnya pelajar.

Menurutnya, pemasangan lampu jalan di sepanjang laluan terbabit kini meningkatkan tahap keselamatans pelajar yang berjalan kaki ke sekolah.

Selain itu, masalah air bertakung akibat sistem perparitan yang tidak sempurna turut berjaya diatasi. Tindakan segera termasuk menaikkan aras jalan serta pemasangan paip berlubang bagi melancarkan pengairan dan pengaliran air di kawasan tersebut.

“Langkah ini bertujuan untuk memastikan permukaan jalan kekal kering dan selamat digunakan walaupun selepas hujan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan susulan ke lokasi berkenaan bagi menilai keberkesanan tindakan yang telah dilaksanakan.

Lawatan itu turut disertai Kaunselor Albert Tay dan Kaunselor Eric Tay, dengan fokus terhadap usaha meningkatkan keselamatan penduduk khususnya pelajar yang berulang-alik ke sekolah berhampiran termasuk SJK Sungai Apong.

Dalam lawatan yang diadakan selepas waktu persekolahan itu, beliau turut berkesempatan berinteraksi dengan pelajar dan ibu bapa selain menerima maklum balas positif terhadap penambahbaikan yang dilaksanakan.

Sebagai sebahagian daripada penglibatan komuniti, beliau turut mengagihkan alat tulis kepada pelajar yang hadir.

Tambahnya, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MBKS di bawah Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI) yang memberi penekanan kepada penyediaan persekitaran selamat, mudah diakses dan inklusif untuk kanak-kanak.

“Kami akan terus memantau keadaan dan melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Keutamaan kami adalah memastikan infrastruktur yang disediakan selamat dan memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perpaduan Sarawak jadi contoh, Tun Wan Junaidi sampaikan ucapan Good Friday dan Easter
Next: Kerajaan peruntuk RM30 juta naik taraf pos kawalan sempadan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.