Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lori musnah terbakar, tiada kecederaan dilaporkan
  • KEBAKARAN

Lori musnah terbakar, tiada kecederaan dilaporkan

Utusan Sarawak 2 days ago
TERBAKAR…Sebuah lori terbakar di kawasan perumahan Taman Milea Residence, Jalan Miri By-Pass awal pagi tadi. Foto BBP Lopeng.

MIRI: Sebuah lori musnah dalam kebakaran yang berlaku di kawasan perumahan Taman Milea Residence, Jalan Miri By-Pass, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.43 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng digerakkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi pada 4.50 pagi, pasukan bomba mendapati sebuah lori sedang marak terbakar.

TERBAKAR…Sebuah lori terbakar di kawasan perumahan Taman Milea Residence, Jalan Miri By-Pass awal pagi tadi. Foto BBP Lopeng. 

Pasukan bomba berjaya mengawal api pada 4.55 pagi dan memastikan kebakaran dipadam sepenuhnya pada 5.08 pagi.

Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Punca sebenar kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Turut hadir membantu di lokasi ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas bomba berjaya sekat api merebak ke rumah tradisional lain
Next: Kontena besi musnah kebakaran di Taman Interhill

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.