Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lori hilang kawalan, pemandu maut tersepit di Lawas
  • KEMALANGAN

Lori hilang kawalan, pemandu maut tersepit di Lawas

Utusan Sarawak 2 hours ago
TERSEPIT… Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas lori yang dipandu hilang kawalan dan terbabas di Jalan SSLR, Beriwen, Lawas. Foto BBP Lawas

LAWAS: Pemandu lori maut dalam kemalangan di Jalan Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) Beriwen, Lawas tengah hari tadi.

Mangsa dikenali sebagai Tamit Jamal, 35 maut  selepas tersepit, apabila lori yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan.

TERSEPIT… Mayat pemandu lori. Foto BBP Lawas

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak dalam kenyataanya berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kejadian yang berlaku 12.00 tengah hari.

 “Setibanya di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan kendiri melibatkan lori yang hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan dan pemandu lori tersepit dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Oleh Adeng Edrus

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lagi serangan buaya, nyawa kanak-kanak jadi korban
Next: Kemalangan pesawat tempur F/A-18D Hornet kerana terlanggar burung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.