Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Longkang tersumbat: Michael Kong gesa Majlis Perbandaran Padawan tingkat penyelenggaraan di Pusat Komersial Ee Ann City, Batu 7
  • Selatan
  • WILAYAH

Longkang tersumbat: Michael Kong gesa Majlis Perbandaran Padawan tingkat penyelenggaraan di Pusat Komersial Ee Ann City, Batu 7

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KEADAAN longkang yang tersumbat dengan sampah dan barangan bersaiz besar di Pusat Komersial Ee Ann City, Batu 7, menimbulkan kebimbangan risiko banjir kilat.

KUCHING: Pembantu Khas kepada Chong Chieng Jen, Michael Kong menggesa Majlis Perbandaran Padawan (MPP) supaya memastikan semua longkang di bawah seliaannya diselenggara dan dibersihkan secara berkala, khususnya di kawasan Pusat Komersial Ee Ann City, Batu 7.

Beliau berkata, keadaan longkang di kawasan berkenaan amat membimbangkan berikutan pengumpulan sampah yang serius, termasuk barangan bersaiz besar seperti tilam dan tong sampah yang dibuang ke dalam sistem perparitan.

“Ini bukan isu kebersihan yang kecil. Apabila longkang tersumbat dan tidak dibersihkan, aliran air akan terhalang dan keadaan ini hampir pasti menyebabkan banjir kilat ketika hujan lebat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, masalah tersebut sering berulang dan sebenarnya boleh dielakkan sekiranya pemeriksaan serta penyelenggaraan berkala dilaksanakan dengan berkesan oleh pihak berkuasa tempatan.

Michael Kong berkata tindakan membiarkan barangan besar seperti tilam kekal di dalam longkang mencerminkan kelemahan dari segi penguatkuasaan serta tindak balas pantas oleh MPP.

“Apabila banjir berlaku, peniaga dan penduduk akan menanggung kerugian, manakala aliran trafik turut terjejas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa MPP supaya segera membersihkan longkang terlibat serta memastikan pemantauan dan pemeriksaan berkala dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang.

“Tindakan pencegahan adalah jauh lebih berkesan dan lebih menjimatkan berbanding menangani banjir selepas ia berlaku,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: APM Sarikei berjaya selamatkan kucing terperangkap
Next: BBP Bintangor perkukuh kesiapsiagaan menerusi latihan kawad operasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.