Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Longgokan tayar terbakar semula di Batu 9
  • KEBAKARAN

Longgokan tayar terbakar semula di Batu 9

Utusan Sarawak 20 hours ago
TERBAKAR LAGI… Longgokan tayar di sebuah kawasan kilang di Batu 9, Jalan Indah Ria, Kuching terbakar lagi awal pagi tadi.

KUCHING: Pasukan Bomba dan Penyelamat bertindak pantas memadamkan semula kebakaran selepas longgokan tayar di sebuah kawasan kilang di Batu 9, Jalan Indah Ria, Kuching terbakar lagi awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.30 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan bersama bantuan dari BBP Kota Sentosa digerakkan ke lokasi sejauh 20 kilometer.

PADAM KEBAKARAN… Bomba berusaha memadam api yang marak semula di kawasan longgokan tayar yang sebelum ini pernah terbakar.

Komander Operasi, PBK I Gilbert Majem, berkata sebaik tiba di lokasi sekitar 7.05 pagi, pasukan mendapati api telah marak semula di kawasan longgokan tayar yang sebelum ini pernah terbakar.

“Pasukan bomba menjalankan pemadaman menggunakan teknik pam bersiri dari pam angkut ke pam jentera dengan jarak hos sepanjang 600 kaki, melibatkan dua nozel serta satu aliran salur bantu mula,” katanya.

Seramai 13 anggota terlibat dalam operasi itu dengan kekuatan dua jentera Jentera Penyelamat Bomba (FRT) dan satu unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Oleh Norman B

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kilang tayar Batu 9 beroperasi secara haram – MPKS, NREB buka siasatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.