Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Longgokan bahan binaan terbakar di kilang sejuk beku Jalan Kuching-Serian
  • KEBAKARAN

Longgokan bahan binaan terbakar di kilang sejuk beku Jalan Kuching-Serian

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEBAKARAN… Longgokan bahan binaan iaitu kepingan dinding untuk pembinaan bangunan baharu terbakar dalam satu kejadian di sebuah kilang sejuk beku Batu 14 1/2, Jalan Kuching–Serian, petang ini. Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Longgokan bahan binaan iaitu kepingan dinding untuk pembinaan bangunan baharu terbakar dalam satu kejadian di sebuah kilang sejuk beku Batu 14 1/2, Jalan Kuching–Serian, di sini, petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.33 petang. 

Menurutnya, setibanya Pasukan Keluaran Operasi di lokasi kejadian, kebakaran didapati melibatkan longgokan kepingan dinding yang digunakan bagi pembinaan bangunan baharu di kawasan premis berkenaan.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini dan tindakan pemadaman segera dijalankan bagi mengawal api daripada merebak ke bahagian lain,” jelas Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan I Ramzai Talip, dalam satu kenyataan hari ini. 

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran rumah pekerja berdekatan SK Saka, 14 penghuni terselamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.