Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Lokasi konsert Krisdayanti ditukar ke PICC 
  • HIBURAN

Lokasi konsert Krisdayanti ditukar ke PICC 

Utusan Sarawak 11 hours ago
KONSERT Cinta Nostalgia Krisdayanti.

KUALA LUMPUR: Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti yang sepatutnya diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 22 Jun ini, ditukarkan ke lokasi baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dalam satu kenyataan hari ini, penganjur konsert Jaguh Baru menerusi Ketua Pegawai Kewangannya Isaruddin Abdul Rani, berkata perubahan lokasi itu bagi menjamin keselesaan dan memberikan kemudahan terbaik kepada penonton yang menantikan kemunculan primadona Indonesia berkenaan, selepas lapan tahun tidak beraksi di Malaysia.

Kali terakhir penyanyi yang popular dengan genre balada dan cinta itu menggegarkan pentas Malaysia ialah Konsert Romansa Krisdayanti pada 2017.

Pada konsert kali ini, persembahan Krisdayanti dijadualkan diiringi susunan muzik orkestra di bawah arahan pengarah muzik tersohor Erwin Gutawa. 

Lebih istimewa, dua bintang tanah air Mimi Fly dan Khai Bahar akan menyerikan pentas sebagai penyanyi undangan khas.

Peminat boleh dapatkan tiket melalui pautan https://cintanostalgia.ubertickets.asia pada harga RM154 hingga RM448. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous:  ‘Here I Am’: Rossa raikan cinta, satukan dua serumpun
Next: Artis Māori terkenal Rob Ruha bakal gegarkan RWMF 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.