Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Loji Rawatan Air Sungai Sadit siap, beroperasi sepenuhnya
  • TEMPATAN

Loji Rawatan Air Sungai Sadit siap, beroperasi sepenuhnya

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATO Sri Julaihi Narawi ketika melawat projek pembinaan Loji Rawatan Air Akut di Sungai Sadit yang telah siap sepenuhnya. 

SIBU: Projek pembinaan Loji Rawatan Air Akut di Sungai Sadit bernilai sekitar RM5 Juta yang mula dilaksanakan pada bulan September 2024 kini sudah siap dan telah beroperasi sepenuhnya.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, loji rawatan air tersebut mempunyai kapasiti pengeluaran 4 juta liter air sehari dan mampu mengurangkan tekanan terhadap loji rawatan air Salim dan Bukit Lima.

“Loji Rawatan Air Akut Sungai Sadit ini mampu mengurangkan tekanan terhadap loji Salim, yang kini menghasilkan 150 juta liter air sehari, serta loji Bukit Lima.

“Ini akan membolehkan kedua-dua loji tersebut lebih fokus kepada kawasan Sibu, manakala Sungai Sadit dan kawasan sekitarnya mendapat bekalan air yang lebih stabil daripada sistem ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan loji berkenaan, hari ini.

Menurut Julaihi, liputan bekalan air di bahagian Sibu kini berada pada tahap 87.2 peratus, namun usaha berterusan masih diperlukan untuk memastikan setiap kawasan menerima bekalan air yang mencukupi dan berkualiti.

“Sehubungan itu, kami sedang menaik taraf loji rawatan air di Salim kepada 300 juta liter sehari dan menjalankan kajian untuk meningkatkan kapasiti loji Bukit Lima bagi memenuhi keperluan masa depan,” jelasnya.

Beliau turut menekankan kepentingan mengurangkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water), yang sering berpunca daripada kebocoran paip disebabkan usia, pergerakan tanah lembut atau kerosakan semasa kerja pembinaan.

“Saya ingin merayu kepada semua kontraktor dan pihak terlibat supaya lebih berhati-hati serta segera melaporkan sebarang kerosakan kepada pihak kami untuk memastikan bekalan air tidak terganggu,” tambahnya.

Sementara itu, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak dalam kenyataannya memaklumkan bahawa projek ini telah dirancang untuk menambah baik sistem bekalan air sedia ada serta menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat di Sungai Sadit dan kawasan sekitarnya di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan.

Projek ini, yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak, melibatkan pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti 4 juta liter sehari serta pemasangan saluran paip baharu ke sistem agihan sedia ada, yang memberi manfaat besar kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PBM Subis perkukuh usaha Sarawak ke arah negeri maju

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.